Covid-19: Gelombang pandemik menakutkan di India

April 17, 2021 · Dunia

Dalam tempoh 24 jam lalu, India menyaksikan gelombang menakutkan apabila mencatat jangkitan Covid-19 paling tinggi dalam masa sehari sejak pandemik itu bermula awal tahun lalu.

Dianggarkan 234,692 penduduk di negara itu telah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, sekali gus menyebabkan hospital dan klinik kesihatan berdepan kekurangan katil dan ubat-ubatan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India setakat ini melebihi 14.5 juta orang, tempat kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatat 32 juta kes.

Kementerian kesihatan India berkata angka terbaru hari ini adalah yang kelapan tertinggi dalam sembilan hari terakhir.

Negara itu juga mencatat 1,341 kematian akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 175,649 kes.

Harapan negara-negara Asia Selatan untuk mengekang pandemik itu semakin sukar apabila India sejak dua minggu lalu merekodkan dua juta kes Covid-19, sementara Pakistan dan Bangladesh pula mengenakan perintah berkurung.

Kadar per kapita India kekal rendah jika dibuat perbandingan pada peringkat global, sekali gus meningkatkan prospek bahawa jumlah jangkitan mungkin ‘meletup’, didorong kemungkinan oleh mutasi berganda virus Covid-19 yang baru.

Negeri Uttar Pradesh dengan populasi 240 juta penduduk mengumumkan semua bandar dan kampung akan diletakkan di bawah perintah berkurung sehari, esok. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok