Covid-19: Filipina pecah rekod kes baharu dua hari berturut-turut

January 9, 2022 · Dunia

Untuk dua hari berturut-turut, Filipina melaporkan lonjakan jangkitan Covid-19 – didorong oleh penularan pantas varian baharu Omicron – apabila mencatat 28,707 kes baharu hari ini berbanding 26,458 pada Sabtu, 8 Januari 2022.

Kementerian Kesihatan Filipina (PHM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu menjadikan kes positif terkumpul di negara itu sejak awal 2020 sebanyak 2,965,447 kes, dengan 2,785,183 pesakit telah sembuh.

Jumlah kes aktif pula kini mencecah 128,114 kes, tertinggi dalam tempoh tiga bulan sejak 2 Oktober 2021, menurut PHM.

PHM juga mencatatkan kadar positif sebanyak 44 peratus daripada 77,479 ujian pada Jumaat, 7 Januari. Ia merupakan kadar positif harian tertinggi baharu sejak wabak itu bermula. Ini bermakna lebih dua individu daripada lima orang yang diuji disahkan positif Covid-19.

Lima belas kematian akibat komplikasi Covid-19 turut dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhannya 52,150 kes.

Jangkitan di negara itu melonjak secara tiba-tiba dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu, susulan penularan varian Omicron.

Sementara itu kerajaan Filipina juga telah mengarahkan jumlah katil hospital dan sumber kesihatan ditambah, khususnya di sekitar ibu kota Manila, setelah kes baharu semakin meningkat.

Hampir 60 peratus daripada 28,707 kes itu dilaporkan di wilayah Metro Manila. Bagaimanapun, PHM berkata kapasiti hospital di kawasan itu masih di bawah tahap kritikal.

Pihak berkuasa kesihatan juga diarahkan untuk meningkatkan kadar inokulasi di luar wilayah, kata pemangku jurucakap presiden Karlo Nograles dalam satu kenyataan.

Beberapa pejabat kerajaan termasuk Parlimen, Dewan Senate dan Pejabat Operasi Komunikasi Presiden, ditutup setelah ramai kakitangannya dijangkiti Covid-19.

Peningkatan kes Covid-19 mendorong kerajaan memperketatkan lagi sekatan pergerakan di seluruh negara, dengan Presiden Rodrigo Duterte mengancam individu yang enggan divaksinasi supaya ditangkap jika mereka tidak mematuhi arahan tinggal di rumah.

Pada penghujung tahun lalu, 45 peratus daripada 110 juta penduduk negara itu telah divaksin sepenuhnya. Di bawah peraturan sedia ada, individu yang tidak divaksinasi di wilayah ibu kota hanya boleh keluar dari rumah mereka untuk perjalanan penting. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok