Covid-19 di negara jiran kita juga naik

April 29, 2021 · Dunia

Filipina menyambung dua minggu lagi perintah berkurung selepas sebulan berbuat demikian susulan lonjakan jangkitan Covid-19, kata Presiden Rodrigo Duterte.

Beliau mengisytiharkan peringkat kedua perintah berkurung itu bermula Rabu hingga 14 Mei di ibu kota Manila dan empat lagi wilayah yang dihuni 25 juta penduduk.

Duterte memberi amaran kepada datuk bandar di Filipina supaya mematuhi arahan tempoh perintah berkurung selama sembilan jam, jika tidak mahu dipenjara.

Kementerian Kesihatan Filipina melaporkan 6,895 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes ialah 1,020,495.

Dalam tempoh itu, 115 kematian direkodkan menjadikan keseluruhannya 17,031 kematian.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan wilayah di Thailand dikenakan perintah berkurung pada waktu malam untuk mengekang penularan Covid-19, kata Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Darurat itu bermula antara jam 9 malam hingga 4 pagi, termasuk empat wilayah yang bersempadan dengan Bangkok, pusat wabak.

Negara jiran, Vietnam pula kini menghadapi ancaman varian baharu yang disyaki berkait rapat dengan pengembara luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Vu Duc Dam.

Vietnam itu kali pertama melaporkan seorang rakyat tempatan yang juga pekerja hotel dijangkiti virus Covid-19 varian bahaya selepas kontak rapat dengan 11 pengembara India yang sedang dikuarantin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok