Covid-19 di Indonesia melonjak semula, 3 kematian akibat Omicron

January 28, 2022 · Dunia

Jangkitan harian Covid-19 di Indonesia terus meningkat, dengan semalam sahaja sebanyak 8,077 kes baharu dilaporkan – tertinggi sejak 3 September tahun lalu, menurut data rasmi kerajaan.

Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kumulatif kes positif sejak wabak itu melanda negara keempat paling ramai penduduk di dunia, kepada lebih 4.3 juta, 4,129,305 pesakit telah sembuh, dan 144,261 kes kematian.

Indonesia menyaksikan peningkatan kes baharu sejak 11 Januari disebabkan oleh cuti akhir tahun, ketika pihak berkuasa kesihatan berusaha memerangi penularan varian Omicron yang sangat mudah menjangkiti.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin berkata jumlah kes Omicron meningkat daripada 222 kes kepada 1,988 dalam tempoh 24 jam lepas.

“Tiga pesakit Omicron warga Indonesia telah meninggal dunia setakat hari ini (semalam),” kata Budi pada sidang akhbar di Jakarta, sambil menambah bahawa 768 pesakit lain telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan.

“Menurut data kami, hanya 5 hingga 6 peratus pesakit Omicron memerlukan oksigen. Kebanyakan pesakit menunjukkan simptom ringan seperti demam, batuk dan hidung berair dan mereka tidak memerlukan rawatan hospital,” katanya.

Lebih daripada 126.4 juta individu atau 60.7 peratus daripada populasi Indonesia yang disasarkan, telah diberi vaksin sepenuhnya sehingga kini.

Menurut Budi salah seorang pesakit Omicronyang meninggal dunia itu tidak mendapatkan vaksin Covid-19.

Beliau juga memaklumkan setakat 26 Januari lalu, jumlah pesakit Omicron di Indonesia mencecah 7,688 orang.

“Omicron telah memasuki Indonesia dan jangkitan tempatan telah berlaku. Sama seperti negara lain, kita perlu menghadapi varian Omicron,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok