Covid-19 bermula di makmal Wuhan di China: Laporan perisikan AS

September 2, 2021 · Dunia

Komuniti Perisikan Amerika Syarikat (AS) percaya kepada idea – yang pernah dianggap teori konspirasi – bahawa jangkitan pertama Covid-19 terhadap manusia berpunca daripada insiden di Institut Virologi Wuhan (WIV) di China.

Wabak yang bermula di bandar Wuhan pada Disember 2019 itu kini telah meragut lebih 4.5 juta nyawa di seluruh dunia.

Ringkasan laporan oleh Komuniti Perisikan yang tidak diklasifikasikan sebagai rahsia itu diterbitkan oleh Pejabat Pengarah Perisikan Negara AS, minggu lalu.

Laporan itu mendedahkan bahawa salah satu penilaian yang dibuat oleh komuniti dengan ‘keyakinan sederhana’ bahawa jangkitan pertama ‘kemungkinan besar adalah akibat daripada insiden yang berkaitan dengan makmal, mungkin melibatkan ujian, pengendalian haiwan, atau pengambilan sampel oleh WIV.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa disebabkan kekurangan data klinikal dan epidemiologi mengenai kes pertama Covid-19, agensi perisik AS berbeza pandangan mengenai asal-usul virus itu.

Menurut ringkasan laporan itu, Majlis Perisikan Nasional dan empat elemen Komuniti Perisikan menilai dengan ‘keyakinan rendah’ bahawa jangkitan pertama disebabkan oleh pendedahan semula jadi kepada haiwan yang dijangkiti virus.

Namun, jelas dalam laporan itu mengatakan bahawa virus Covid-19 tidak dicipta untuk dijadikan senjata biologi.

Sebilangan besar agensi percaya dengan ‘keyakinan rendah’ bahawa virus itu juga bukan hasil kejuruteraan genetik. Bagaimanapun, dua agensi menilai bahawa tidak ada bukti mencukupi untuk mengatakan hal demikian.

Ringkasan itu turut membuat kesimpulan:

“Kerjasama China kemungkinan besar diperlukan untuk memperoleh penilaian konklusif mengenai asal-usul Covid-19. Beijing, bagaimanapun, terus menghalang penyelidikan global, selain menolak untuk berkongsi maklumat, sebaliknya menyalahkan negara lain, termasuk AS.”

Dalam satu kenyataan, Presiden Joe Biden mengatakan pegawai kerajaan China telah menolak penyiasat antarabangsa dan komuniti kesihatan awam global untuk mengakses maklumat kritikal mengenai asal usul wabak tersebut.

“Hingga hari ini, Republik Rakyat China terus menolak tuntutan yang telus untuk mendedahkan maklumat, walaupun jumlah wabak ini terus meningkat,” kata kenyataan itu.

Namun, ketika menjawab laporan perisikan itu di Twitter, Duta Besar China ke United Kingdom, Zheng Zeguang, mengatakan:

“AS mengarahkan ejen perisikannya dan bukannya ahli virologi untuk mengesan asal-usul Covid-19 tetapi masih tidak menghasilkan apa-apa.

“Sudah tiba masanya mereka menghentikan tuduhan yang tidak berasas dan berulang-ulang terhadap China.” – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Dua maut, lapan cedera serangan bunuh diri di balai polis Bandung
December 7, 2022 · Dunia
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok