Covid-19: Australia longgar sekatan antarabangsa November

October 1, 2021 · Dunia

Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini mengumumkan larangan 18 bulan kepada rakyat Australia untuk keluar negara akan ditarik balik bulan depan, sekali gus mengurangkan salah satu sekatan Covid-19 paling ketat yang pernah dikenakan di seluruh dunia.

Membuka semula sempadan antarabangsa untuk warganegara dan penduduk tetap bagaimanapun, bergantung kepada ketetapan pelaksanaan kuarantin di rumah membabitkan lapan negeri dan wilayah di Australia, katanya, sekali gus bermakna ada negeri yang akan dibuka lebih awal.

Bagi fasa pertama, rancangan itu memfokuskan kepada warganegara dan penduduk tetap yang dibenar meninggalkan Australia, sementara perubahan seterusnya diharapkan membolehkan pelancong asing memasuki negara itu.

“Sudah tiba masanya memberi semula kehidupan kepada rakyat Australia. Kita menyelamatkan nyawa kita mesti bekerjasama memastikan rakyat memperoleh semula kehidupan yang pernah dirasai sebelum ini,” kata Morrison.

Morrison membantah penutupan sempadan antarabangsa pada Mac tahun lalu. Sejak itu, hanya sebilangan kecil individu yang dibenar meninggalkan Australia atas alasan perniagaan atau kemanusiaan.

Warganegara dan penduduk tetap dibenarkan pulang dari luar negara, tertakluk kepada had kuota dan tempoh kuarantin wajib 14 hari di hotel dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Terdapat juga beberapa pengecualian berprofil tinggi yang diberikan untuk masuk dengan tujuan perniagaan, termasuk pelakon Hollywood untuk penggambaran filem dan rancangan TV.

Morrison menjangkakan sistem kuarantin di rumah akan bermula bulan depan, namun jadualnya akan ditetapkan negeri dan wilayah masing-masing.

Beliau sebelumnya mengatakan bahawa semua sempadan negeri dan wilayah serta antarabangsa akan dibuka semula apabila kadar vaksinasi individu berusia 16 tahun ke atas mencapai 80 peratus yang dijangka dicapai akhir bulan depan.

Namun, penularan varian Delta menyebabkan bandar utama, seperti Sydney, Melbourne dan Canberra dikenakan perintah sekatan dan penutupan penuh selama berminggu-minggu mencetuskan perbezaan pendapat antara pemimpin negeri dan wilayah.

Sesetengah negeri yang sifar Covid-19 enggan membuka sempadan negeri mereka dengan negeri dan wilayah yang masih mencatat kes harian yang tinggi.

Hari ini sahaja, Australia mencatat 2,084 jangkitan baharu dengan kebanyakannya di New South Wales dan Victoria.

Bagi menyokong pembukaan semula sempadan itu dan membenarkan lebih ramai rakyatnya pulang, Australia turut menambah senarai vaksin Covid-19 yang diiktirafnya.

Pengiktirafan terhadap vaksin China, Sinovac pula dijangka meningkatkan semula sektor pendidikan antarabangsa apabila pelajar asing akan dibenar memasuki Australia.

Pelajar China, yang kebanyakannya menerima suntikan vaksin Sinovac, menyumbang sepertiga kepada sektor pendidikan Australia yang bernilai A$35 bilion setahun sebelum wabak Covid-19 menular.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
12 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
12 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok