Covid-19: Angka korban global hampiri 5 juta kes

October 24, 2021 · Dunia

Angka korban akibat Covid-19 seluruh dunia kini semakin menghampiri lima juta, menurut data Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 735,000 kes, menjadikan angka global akibat virus itu kini mencecah hampir 4.942 juta.

Brazil menduduki tangga kedua apabila merekodkan  605,139 kes kematian, diikuti India dengan 453,708 kes, serta Mexico dan Russia dengan masing-masing melaporkan lebih 200,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,176 kes, diikuti Filipin (41,585 kes); Malaysia (28,354 kes); dan Thailand (18,699 kes).

Sementara itu, kadar vaksinasi di seluruh dunia yang sudah diberikan sehingga hari ini hampir 6.78 billion.

Menurut data, China kini sedang mendahului semua negara dunia dengan lebih 2.24 bilion dos vaksin sudah diberikan.

Diikuti India lebih satu bilion dos  dan AS dengan lebih 411 juta dos vaksin sudah didaftarkan.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di depan berbanding negara lain dengan 180 juta dos vaksin sudah diberikan kepada populasinya.

Ini diikuti dengan Thailand melebihi 69 juta sementara Filipina (54 juta), Malaysia (48 juta) dan Singapura (10 juta) dos vaksin sudah didaftarkan. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok