Covid-19 : Angka korban di Amerika cecah 700,000 orang

Universiti Johns Hopkins melaporkan setakat semalam, angka korban akibat jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah mencecah 700,000 orang dan semakin menghampiri angka 1 juta.

Laporan Agensi Anadolu, sejak Mac tahun lalu, angka kes jangkitan di AS sehingga kini sudah melebihi 43,621,268.

Kes jangkitan paling tinggi direkodkan di California, iaitu wilayah paling teruk terjejas dengan 4,729,000 kes diikuti di Texas (4,077,000) dan di Florida (3,620,000).

Manakala, menurut data rasmi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hampir 77 peratus orang dewasa sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 dan kira-kira hampir 66 peratus pula sudah lengkap divaksin.

Dimana lebih 214.5 juta orang sudah menerima suntikan dos pertama dan lebih 184.9 juta orang pula sudah menerima dua dos lengkap.

BERITA BERKAIT
POPULAR