Covid-19: Amerika dakwa pil Paxlovid kurangkan kemasukan hospital

May 6, 2022 · Dunia

Pil anti-Covid-19 Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan Covid-19 dan boleh didapati secara meluas di farmasi di Amerika Syarikat, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Rabu.

“Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit Covid-19 ringan hingga sederhana dan yang berisiko menjadi lebih serius,” kata pengarah Pejabat Penyakit Berjangkit di FDA, John Farley.

Beliau berkata Paxlovid juga dijangka berkesan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua, menurut laporan Bernama.

FDA membenarkan penggunaan Paxlovid pada Disember 2021 untuk rawatan Covid-19 ringan hingga sederhana pada pesakit dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

Walaupun bilangan kemasukan ke hospital akibat Covid-19 menurun mendadak sejak awal 2022, sesetengah pesakit berisiko tinggi masih perlu dirawat di hospital.

Rawatan awal dengan Paxlovid dan terapeutik lain yang dibenarkan atau diluluskan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih teruk, menurut FDA.

Minggu lalu, Naib Presiden AS, Kamala Harris turut diberikan Paxlovid selepas disahkan positif Covid-19.

Paxlovid mengandungi nirmatrelvir dan ritonavir dan terdapat dalam dua dos berbeza, satu untuk dos standard dan satu untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang.

Berita berkaitan
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar
May 24, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok