Covid-19: 80% jangkitan baharu di Thailand disebabkan varian Delta

August 6, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan 80 peratus daripada jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara itu sejak kebelakangan ini disebabkan varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.

“Sejak beberapa minggu lalu kes Covid-19 telah meningkat di hampir semua wilayah di Thailand, dengan 80 peratus daripada jangkitan baharu membabitkan varian Delta,” lapor data terbaharu kementerian itu.

Pada masa sama data kementerian itu juga menunjukkan 60 peratus daripada kes baharu sejak beberapa hari lalu dikesan di wilayah yang kadar vaksinasi penduduknya masih rendah, selain sekatan pergerakan yang longgar.

Peningkatan kes baharu kini tidak lagi tertumpu di Bangkok yang menjadi titik panas penularan, sebaliknya telah berpindah ke wilayah lain setelah varian Delta menjadi dominan dan tersebar dengan pantas, kata kementerian itu.

Dalam tempoh 24 jam lalu Thailand melaporkan 21,379 jangkitan baharu Covid-19, sementara 191 pesakit lagi meninggal dunia. Jumlah itu adalah angka harian tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu awal tahun lalu.

Angka terbaharu itu juga melonjakkan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 714,684 kes dan 5,854 kematian.

Sementara perintah berkurung dan sekatan dikenakan tidak memberi kesan mendadak kepada penurunan kes baharu, langkah itu sekurang-kurangnya mampu memperlahankan penularan wabak Covid-19 dan mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan.

Data Kementerian Kesihatan Awam Thailand juga menunjukkan kerajaan lebih agresif dalam memberi vaksin kepada penduduk di wilayah Bangkok.

Sehingga kini hampir 70 peratus penduduk bandar raya itu menerima suntikan dos pertama, tetapi hanya 21 peratus sahaja daripada keseluruhan populasi Thailand yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dengan hanya memfokuskan kepada titik panas virus, kerajaan Thailand mencipta lebih banyak kluster di wilayah lain yang tidak dikenakan sekatan lebih ketat, kata bekas wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Thailand, Dr William Aldis.

“Kegagalan memastikan pemberian vaksin secara sama rata di Thailand akan mencetuskan bencana. Anda bertindak balas terhadap sesuatu yang telah berlaku, dan anda tidak mengejar virus yang menular di seluruh negara.

“Sudah jelas bahawa jika wilayah-wilayah lain tidak mendapat vaksin yang mencukupi, virus Covid-19 akan terus berlegar di seluruh Thailand,” katanya.

Thailand kini berdepan beberapa masalah sehingga menyebabkan program vaksinasi kepada rakyatnya perlahan. Sehingga kini 19 juta dos vaksin sudah diberikan kepada 13.6 peratus daripada 66 juta populasi negara itu.

Sementara itu, hampir 100,000 pesakit Covid-19 di Bangkok kini menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing, tatkala jumlah jangkitan akibat penularan varian Delta terus meningkat.

Penolong Jurucakap Pusat Penyelarasan Situasi Covid-19 Thailand (CCSA), Dr Apisamai Srirangson berkata jumlah pesakit yang menjalani kuarantin kendiri di rumah di Bangkok hampir mencapai 100,000 semalam.

Pada masa sama 232 pusat kuarantin sedang dibina di seluruh negara bagi menempatkan semua pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah, katanya.

“Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Sokongan di bawah Kementerian Kesihatan Awam juga meluluskan peraturan membenarkan orang awam membeli kit ujian antigen (ATK) untuk ujian kendiri Covid-19.

Pentadbir Ubat-Ubatan dan Makanan juga meluluskan 19 jenama ATK dan lebih banyak syarikat dijangka menyerahkan proposal ATK untuk diluluskan, kata Dr Apisamai sambil menegaskan semua ATK perlu dibeli di hospital atau farmasi.

ATK katanya tidak dibenar dijual secara dalam talian atau kedai serbaneka. – Agensi

Berita berkaitan
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Cuaca panas ekstrem di Thailand
April 22, 2023· Dunia
Krabi paling panas di Thailand hari ini, catat 54.2 darjah celcius
April 9, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok