Covid-19: 20 peratus pesakit sembuh menderita pasca sindrom

September 15, 2021 · Dunia

Jabatan Perkhidmatan Perubatan (DoMS) Thailand mendapati kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit Covid-19 akan menderita pasca sindrom, juga dikenali sebagai gejala ‘Covid berpanjangan’ walaupun setelah mereka pulih.

Menurut DoMS, simptom ini juga mempengaruhi usia seseorang pesakit dan obesiti atau kegemukan.

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan gejala Covid-19 yang berlarutan ini walaupun setelah pulih, dan ‘long Covid’ adalah antara salah satu daripadanya.

Ketua Perubatan Pulmonari Institut Jantung DoMS Thailand, Dr Piamlap Sangsayan memaklumkan bahawa kelaziman simptom Covid berpanjangan ini boleh meningkat seiring dengan bertambahnya usia seseorang pesakit, masalah kegemukan dan pengguna steroid oleh pesakit setiap hari.

Gejala tersebut termasuk keletihan, sakit otot, sakit kepala dan kemurungan, selain kemungkinan timbul tindak balas kepada reaksi tubuh badan atau kesan sampingan daripada ubat yang diberikan kepada pesakit semasa menjalani rawatan Covid-19 dan keadaan itu akan berlanjutan melebihi tempoh rawatan.

Menurut statistik DoMS, terdapat 10 hingga 20 pesakit di Thailand disahkan mengalami simptom Covid-19 berpanjangan ini walaupun mereka telah lama pulih daripada jangkitan itu.

“Keadaan yang sama turut dialami oleh hampir 40 hingga 50 peratus bekas pesakit Covid-19 selepas menerima rawatan di seluruh dunia,” kata Dr Piamlap.

Beliau berkata kadar yang masih rendah di kalangan rakyat Thailand mungkin disebabkan oleh terdapatnya segelintir pesakit yang telah sembuh tetapi masih mempunyai gejala, tidak memberikan maklumat kepada pihak kesihatan mengenai keadaan mereka selepas pulih sepenuhnya.

Sejak gelombang pertama dan kedua Covid-19, data menunjukkan hampir lima hingga 10 peratus pesakit didapati mengalami simptom ini, dan ia memakan masa sekitar enam bulan hingga setahun untuk pulih sepenuhnya.

Di Thailand, rawatan akan diberikan mengikut kesesuaian gejala bekas pesakit di mana mereka akan diletakkan ke dalam program pemulihan setelah sembuh daripada Covid-19.

Dengan itu, sebahagian besar bekas pesakit Covid-19 akan beransur-ansur pulih daripada simptom tersebut yang mengambil masa lebih kurang sebulan dan sekiranya mereka mengalami gejala kritikal, pemulihan sepenuhnya mungkin memakan masa sehingga enam bulan.

“Mereka yang telah mendapat suntikan vaksin, mempunyai peluang yang tipis untuk mendapat simptom Covid-19 berpanjangan kerana vaksin tersebut telah memberikan perlindungan yang baik terhadap jangkitan tersebut,” kata Dr Piamlap.

Tambahnya, sekiranya bekas pesakit Covid-19 menderita radang paru-paru, ia tidak akan dikategorikan sebagai pesakit Covid-19 berpanjangan kerana menurutnya, virus itu sudah mati.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand melaporkan 13,798 jangkitan baharu dan 133 pesakit meninggal dunia. Sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif mencecah hampir 1.42 juta dengan 14,765 kematian direkodkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok