COVAX tandatangan perjanjian beli 550 juta vaksin China

July 14, 2021 · Dunia

Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) memaklumkan COVAX telah menandatangani perjanjian dengan dua syarikat farmaseutikal dari China untuk membeli lebih setengah bilion vaksin Covid-19 menjelang pertengahan tahun 2022.

Dalam perjanjian itu, pembekal vaksin China Sinopharm dan Sinovac akan mula menyediakan 110 juta dos dengan kadar segera. Inisiatif ini bertujuan menyediakan vaksin kepada semua negara tanpa mengira status.

Perjanjian itu telah dibuat ketika ‘varian Delta menimbulkan risiko yang semakin tinggi terhadap sistem kesihatan di seluruh dunia’, kata GAVI dalam kenyataannya.

GAVI juga melaporkan telah membeli 170 juta vaksin Sinopharm dan 380 juta vaksin Sinovac.

Perjanjian ini telah dibuat ketika keberkesanan vaksin keluaran China dipertikaikan oleh kebanyakkan negara, terutama bagi berdepan varian Delta yang mudah tersebar.

Isnin lalu, pihak berkuasa kesihatan Thailand melaporkan semua kakitangan kesihatannya akan menerima suntikan tambahan AstraZeneca atau Pfizer, setelah hampir 618 daripada 677,000 pegawai perubatannya yang menerima dua dos Sinovac diuji positif Covid-19.

Daripada jumlah positif itu, hanya dua orang yang jatuh sakit termasuk seorang jururawat yang meninggal dunia.

“Bagaimanapun, semua vaksin tersebut terbukti efektif dalam mencegah kemasukan ke hospital dan dari kematian,” kata pegawai Kementerian Luar Negeri, Pensom Lertsithichai.

Katanya, pekerja perubatan lebih terdedah kepada jangkitan Covid-19 yang dapat menyumbang kepada ‘kegagalan kesan vaksinasi’.

Pegawai di Singapura melaporkan kepada Reuters, minggu lalu kerajaan republik itu telah mengecualikan suntikan vaksin Sinovac kerana data kajian bagi keberkesanan vaksin itu tidak mencukupi terutamanya terhadap varian Delta.

Bagaimanapun, penggunaan vaksin Sinopharm dan Sinovac telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini, hasil kajian menunjukkan vaksin Sinopharm dan Sinovac mempunyai keberkesanan yang lebih rendah terhadap Covid-19 berbanding vaksin mRNA.

Dalam hasil kajian di Brazil, Sinovac dikatakan mempunyai keberkesanan sekitar 50 peratus terhadap gejala Covid-19, dan keberkesanan 100 peratus terhadap penyakit kronik.

Menurut WHO, keberkesanan Sinopharm pula untuk pesakit bergejala dan pesakit di hospital dianggarkan sebanyak 79 peratus.

Selain itu, vaksin Pfizer, BioNTech dan Moderna yang mempunyai keberkesanan lebih 90 peratus terhadap gejala Covid-19 juga telah menandatangani perjanjian dengan COVAX.

COVAX telah mengikat kontrak dengan pengeluar dan dijangka kira-kira 3.8 bilion dos vaksin dan sebahagian 1.9 bilion daripadanya akan dibekalkan pada akhir tahun ini.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih 107.5 juta dos vaksin telah dihantar melalui COVAX ke lebih 135 negara. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok