Citigroup pecat pekerja enggan terima vaksin selepas 14 Januari

January 8, 2022 · Dunia

Kakitangan Citigroup di Amerika Syarikat (AS) yang belum mengambil vaksin Covid-19 selewat-lewatnya 14 Januari akan diberi cuti tanpa gaji dan dipecat pada akhir bulan, melainkan mereka diberikan pengecualian, kata sumber yang mengetahui perkara itu pada Jumaat.

Bank AS itu mengumumkan rancangannya untuk mengenakan peraturan vaksinasi baharu pada Oktober lalu dan kini menjadi institusi pertama di Wall Street yang mewajibkan sutikan vaksin Covid-19 dalam kalangan kakitangannya.

Langkahnya dilakukan ketika industri kewangan bergelut dengan cara membawa pekerja mereka kembali ke pejabat dengan selamat dan meneruskan perniagaan seperti biasa, ketika varian Omicron menular dengan pantas.

Bank Wall Street utama lain, termasuk Goldman Sachs & Co, Morgan Stanley dan JPMorgan Chase & Co, telah mengarahkan kakitangan yang tidak divaksinasi untuk bekerja dari rumah, tetapi masih belum ada yang bertindak sehingga memecat mereka.

Walaupun Citigroup adalah bank Wall Street pertama yang mewajibkan vaksinasi, sesetengah syarikat utama di AS telah memperkenalkan dasar “tiada suntikan, tiada kerja”, termasuk Google dan United Airlines, dengan tahap ketegasan yang berbeza-beza.

Lebih 90 peratus pekerja Citigroup telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini dan angka itu terus meningkat, kata sumber itu, sambil menambah bahawa arahan mewajibkan vaksinasi berbeza utuk kakitangan peringkat cawangan bank.

Ketika mengumumkan dasarnya, Citigroup juga berkata ia akan menilai pengecualian atas alasan agama atau perubatan, atau sebarang sebab lain mengikut undang-undang negeri atau tempatan, berdasarkan kes demi kes.

Bank itu berkata, ia mematuhi dasar pentadbiran Presiden AS Joe Biden yang memerlukan semua pekerja yang menyokong kontrak kerajaan diberi vaksin sepenuhnya, kerana kerajaan adalah pelanggan yang “besar dan penting”. – Reuters

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Budak tiga tahun disembunyikan dalam peti sejuk beku selamat
49 minit lalu · Dunia
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
14 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
14 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022 · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok