Chris Rock kena penampar Will Smith ketika siaran langsung anugerah

March 28, 2022 · Dunia

Tindakan pelakon komedi Chris Rock membuat jenaka mengenai Jada Pinkett Smith yang berkepala botak menuntut harga mahal apabila beliau ditampar oleh Will Smith di atas pentas Anugerah Akademi Ke-94 yang disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, bagi siaran ulangan rancangan itu, insiden berkenaan telah dipotong.

Kejadian pada malam semalam (27 Mac) segera menjadi tular membuatkan penonton terpegun dan memikirkan sama ada ia adalah aksi tulen atau sekadar lakonan kedua-duanya.

Rock, yang menyampaikan hadiah dokumentari terbaik dengan rutin komedi pendek, membuat jenaka membandingkan rambut Jada Pinkett, isteri Smith, yang dipotong rapat dengan penampilan Demi Moore dalam filem “G.I. Jane” dan mencadangkan dia muncul dalam sekuel itu.

Smith melangkah ke arah Rock di Dolby Teater dan menamparnya, sebelum kembali ke tempat duduknya di samping Jada dan menjerit ke arah Rock.

“Jauhkan nama isteri saya daripada mulut kotor anda,” jerit Smith, memaksa penerbit untuk mengeluarkan beberapa saat audio daripada siaran televisyen di Amerika Syarikat.

Ruang teater menjadi senyap dan Rock berkata, “Itu adalah malam yang paling hebat dalam sejarah televisyen.”

Sean “Diddy” Combs yang naik ke pentas kemudian dan memberitahu Smith dan Rock bahawa mereka akan menyelesaikan perkara “seperti keluarga.

Kira-kira 40 minit kemudian, Smith kembali ke pentas untuk menerima Oscar pelakon terbaik dan memohon maaf kepada penganjur dan rakan-rakannya, tetapi tidak menyebut nama Rock.

Jada, yang juga seorang pelakon, mengalami alopecia, dan mendedahkan diagnosisnya secara terbuka pada 2018. – Agensi

Berita berkaitan
Nama negara harum, PM dianugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Filipina
March 2, 2023· Isu semasa
Agong terima darjah tertinggi daripada Erdogan
August 17, 2022· Isu semasa
RUU anti lompat parti dibentang mula dibahas pada Rabu: Wan Junaidi
July 25, 2022· Politik
Will Smith minta maaf kepada Chris Rock selepas tampar di Oscars
March 29, 2022· Dunia
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok