China tolak rancangan WHO siasat kali kedua makmal Wuhan

July 23, 2021 · Dunia

China semalam menolak rancangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan siasatan fasa dua ke atas makmal virologinya di Wuhan, yang didakwa menjadi tempat asal virus Covid-19 mula merebak.

Naib Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) Zeng Yixin berkata Beijing tidak akan menerima rancangan mengesan asal usul virus itu yang didakwa terlepas keluar dari makmal virologi di Wuhan.

Awal bulan ini WHO mencadangkan fasa kedua siasatan dan kajian mengenai asal usul Covid-19 di China, termasuk melakukan audit ke atas makmal dan pasar di Wuhan, sambil meminta Beijing lebih telus.

Zeng berkata dia terkejut ketika pertama kali membaca rancangan WHO kerana menyenaraikan hipotesis bahawa China melanggar protokol makmal sehingga menyebabkan virus itu terlepas keluar ketika dalam kajian.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sebelum ini mengatakan teori kebocoran makmal di Wuhan, China tidak dapat diketepikan dan Beijing harus membantu menyelesaikan misteri dari mana asal virus Covid itu bermula.

Sementara pemimpin negara G7 yang bersidang di Cornwall, United Kingdom (UK) pada 13 Jun lalu sepakat mendesak siasatan baharu dilakukan untuk mengetahui asal usul pandemik Covid-19, sambil menggesa China supaya lebih telus.

Susulan kali pertama kes dilaporkan di negara itu pada Disember 2019, masyarakat dunia menganggap virus Covid itu berasal dari China dan mula tersebar sama ada dari makmal virologi atau di pasar hidupan liar di Wuhan.

Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan agensi perisikan negara itu mencari kebenaran mengenai asal usul virus itu, termasuk kemungkinan ia terlepas keluar ketika dikaji di makmal di Wuhan, China.

WHO sebelum itu telah menjalankan siasatan di makmal berkenaan tetapi gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Beijing.

“Kami yakin kebocoran makmal tidak mungkin berlaku dan tidak perlu menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyiasatnya,” kata ketua pasukan China yang menyertai kumpulan pakar WHO ketika melakukan siasatan awal itu, Liang Wannian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok