China tetapkan garis panduan baharu, wajib pakai pelitup muka

August 15, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan baharu dengan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka, termasuk ketika berada di luar kediaman, tatkala negara itu kini kembali bergelut dengan peningkatan jangkitan baharu Covid-19, setelah hampir setahun dapat mengawal penularan wabak itu.

Namun, varian Delta Covid-19 semakin tersebar di lebih daripada separuh wilayah di China walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan kawalan ketat, termasuk melakukan ujian saringan kepada penduduk, dan sekatan perjalanan kepada puluhan juta rakyatnya.

Sebelum penularan varian baharu itu, kehidupan di China kembali normal dengan kes-kes yang dilaporkan adalah sedikit dan di kawasan terpencil.

Manakala di bandar besar, orang ramai menjalani kehidupan seharian seperti biasa hingga menjadi tajuk utama media antarabangsa apabila banyak gambar dirakam di tempat pelancongan manakala pengunjung festival muziknya pula tidak memakai pelitup muka.

Namun pada Jumaat, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengeluarkan garis panduan baharu dengan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka bukan hanya di tempat tertutup dan ketika menggunakan pengangkutan awam, tetapi juga ketika berada di kawasan luar yang sesak.

“Kesedaran orang ramai semakin berkurang dan ada yang berpendapat bahawa mereka tidak perlu memakai pelitup muka setelah mendapat suntikan vaksin. Tanpa mereka sedari, pemakaian pelitup muka dapat memberikan pelindungan diri dan dapat mencegah penyebaran wabak ini,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataannya.

Garis panduan yang diumumkan itu mengarahkan orang ramai memakai pelitup muka di pusat beli-belah, pasar raya, pawagam, ruang pameran dan lapangan terbang serta semua pengangkutan awam dan di dalam lif.

Selain itu, pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di kawasan luar yang sesak seperti dataran dan taman awam.

Pada Mei tahun lalu, China mengeluarkan garis panduan yang tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar atau di ruang dalam yang tidak sesak sekiranya mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Pemakaian pelitup muka bagi kumpulan profesional yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, termasuk golongan yang berurusan dengan kakitangan dan barang di luar negara, pekerja perubatan serta pembersihan, pengawal keselamatan dan pemandu yang bekerja di pelabuhan, lapangan terbang, kastam dan hospital, telah diperketatkan.

Penyebaran varian Delta telah dikenal pasti bulan lalu di Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China apabila sembilan pekerja pembersihan di lapangan terbang tersebut telah disahkan positif.

Pihak berkuasa memaklumkan pekerja terbabit dijangkiti kerana tidak mengikut garis panduan pencegahan yang telah ditetapkan semasa membersihkan pesawat dari Russia sebelum menyebarkan virus tersebut kepada pekerja lain.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China semalam melaporkan terdapat 47 jangkitan simptomatik yang telah menular secara tempatan di negara itu.

Sejak Covid-19 menular semula di China, terdapat lebih daripada 1,000 kes yang telah direkodkan setiap hari dan namun jangkitan harian menurun menjadi dua angka dalam beberapa hari terakhir ini.

Penyebaran varian Delta mula menular di seluruh China dan mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keberkesanan dan perlindungan vaksin yang dikeluarkan negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok