
Beijing telah bertahun-tahun menawarkan ganjaran wang untuk maklumat mengenai pelanggaran keselamatan, tetapi garis panduan baharu yang dikeluarkan minggu ini bertujuan untuk menyeragamkan amalan tersebut. - Gambar AFP
China akan menawarkan kepada rakyat sebanyak AS$15,000 wang tunai jika melaporkan sebarang akitivit yang boleh mengancam keselamatan negara, lapor media kerajaan, dalam langkah terbaru Beijing untuk menimbulkan kebimbangan terhadap musuh luar.
Rakyat yang menawarkan maklumat yang membawa kepada penemuan “perbuatan yang membahayakan keselamatan negara” boleh diberi ganjaran sebanyak 100,000 yuan, bergantung kepada peranan mereka dalam mencegah atau menyelesaikan sesuatu kes, mengikut garis panduan.
Mereka juga mungkin diberi ganjaran dalam bentuk yang akan menaikkan semangat, termasuk anugerah sijil.
Kerajaan China selama bertahun-tahun menawarkan ganjaran kewangan untuk maklumat mengenai pelanggaran keselamatan, tetapi garis panduan baharu yang dikeluarkan minggu ini oleh Kementerian Keselamatan Negara berusaha menyeragamkan amalan itu, lapor Legal Daily milik kerajaan.
Langkah itu adalah kondusif bagi menggerakkan sepenuhnya masyarakat umum untuk menyokong dan membantu dalam kerja-kerja keselamatan negara secara meluas.
Beijing telah semakin menggalakkan orang ramai untuk berwaspada terhadap pelanggaran keselamatan negara, termasuk mengajar kanak-kanak untuk berwaspada terhadap sebarang ancaman kepada negara.
Stesen CCTV pada April menerbitkan satu siri infografik yang meminta penonton berwaspada terhadap pengintip yang berada di tengah-tengah mereka, menggambarkan “lapan wajah pengintipan” termasuk orang yang menyamar sebagai pasangan romantis dan pencinta tumbuh-tumbuhan.
China juga telah menggunakan keselamatan negara sebagai justifikasi untuk menahan warga asing semasa ketegangan diplomatik dengan negara asal tahanan. – Agensi