China sahkan sehingga 80 peratus penduduk dijangkiti Covid-19

January 21, 2023 · Dunia

Kebimbangan negara-negara di dunia terhadap jumlah sebenar kes Covid-19 di China, akhirnya terbukti apabila pakar epidemiologi negara itu sendiri mengesahkan 80 peratus daripada penduduknya dijangkiti virus SARS-CoV-2.

Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou mengesahkan angka itu sambil berkata kemungkinan usaha pemulihan secara besar-besaran dalan tempoh dua atau tiga bulan lagi, tidak akan berhasil.

Dalam kenyataan di platform Weibo hari ini (21 Januari 2023), Zunyou berkata pergerakan besar-besaran orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina sekarang ini mungkin menyebarkan virus itu secara meluas.

“Pergerakan (orang ramai) yang berlaku mungkin menyebarkan wabak itu. Di beberapa wilayah kes akan meningkatkan.

“Tetapi gelombang Covid kedua tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Ratusan juta warga China kini bergerak di seluruh negara itu untuk perjumpaan keluarga dan bercuti, setelah sekatan Covid-19 dilonggarkan baru-baru ini.

Keadaan itu meningkatkan kebimbangan wabak baharu akan menular di kawasan luar bandar yang kurang berkelengkapan dan kemudahan untuk menguruskan pandemik Covid.

China telah melepasi kemuncak jumlah pesakit Covid di klinik, bilik kecemasan dan keadaan kritikal, kata pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Hampir 60,000 pesakit Covid telah meninggal dunia di hospital setakat 12 Januari lalu, kira-kira sebulan selepas China secara tiba-tiba menghapuskan dasar sifar Covid, menurut data kerajaan.

Tetapi sesetengah pakar mengatakan bahawa angka itu mungkin tidak mengambil kira kematian sepenuhnya, kerana ia tidak termasuk mereka yang meninggal dunia di rumah.

Laporan juga mengatakan doktor tidak digalakkan untuk menyebut Covid sebagai punca kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok