China pindahkan seluruh komuniti serentak untuk sanitasi pekan

April 21, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa China dilaporkan mengambil langkah lebih ekstrem dengan memindahkan seluruh komuniti setempat ke kawasan lain di beberapa daerah di Shanghai dalam usaha menghentikan gelombang baharu Covid-19.

Notis rasmi daripada pegawai Parti Komunis tempatan di kawasan utara Shanghai memperincikan perintah untuk memindahkan penduduk ke kemudahan kuarantin lebih daripada 100 batu (160km) dari kediaman mereka.

Rancangannya adalah untuk memindahkan orang ramai dari rumah mereka di Pingwang ke wilayah jiran Zhejiang, di mana mereka akan tinggal sekurang-kurangnya seminggu. Kanak-kanak kecil, orang tua dan mereka yang kurang upaya boleh dikecualikan, menurut notis itu.

Pegawai berada di bawah tekanan yang hebat untuk mengurangkan risiko penularan dan mengurangkan kes kepada sifar.

Langkah itu menyusul hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa memindahkan orang ramai dari rumah mereka dan sebahagian besar penduduk di kawasan lain di Shanghai.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terpaksa meninggalkan pekan kecil Beicai di timur Shanghai dan berpindah ke tempat tinggal sementara supaya pihak berkuasa boleh melakukan sanitasi sepenuhnya.

Notis rasmi yang dikeluarkan kepada penduduk memberitahu mereka untuk mengemas barang-barang dan membiarkan pintu almari pakaian mereka terbuka. Mereka juga disuruh membiarkan pintu depan rumah terbuka.

Imej di media sosial orang ramai yang beratur dengan beg pakaian pada waktu malam menunjukkan skala operasi, sekali gus menunjukkan usaha ekstrem dilakukan setelah kira-kira 400,000 jangkitan dilaporkan di Shanghai ketika gelombang terbaharu ini.

Kebanyakan daripada 25 juta penduduk Shanghai kekal di bawah perintah berkurung yang ketat atau ‘total lockdown’ yang kini memasuki minggu keempat.

Minggu ini pegawai di Shanghai merekodkan 17 kes kematian akibat komplikasi Covid-19, dengan hampir semuanya adalah warga emas, penduduk yang tidak diberi vaksin dan individu dengan komorbid. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok