China lancar kapal angkasa Shenzhou-14

June 6, 2022 · Dunia

Kapal angkasa Shenzhou-14 yang dibawa roket Long March-2F berjaya dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, tepat pukul 10.44 pagi Ahad.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa itu dihantar ke orbit mengikut jadual dan kesemua tiga anak kapal berada dalam keadaan baik, lapor Bernama.

Ia merupakan misi penerbangan kali ketiga membabitkan kehadiran angkasawan pada fasa pembinaan stesen angkasa China.

Difahamkan, tiga angkasawan China, iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe berjaya memasuki modul teras Tianhe pada pukul 8.50 malam Ahad.

Ketiga-tiga angkasawan dijadualkan berada di stesen angkasa itu selama enam bulan untuk menjalankan misi seperti menyelenggara dan membaik pulih kemudahan, mengendalikan tangan robotik, melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta eksperimen yang berkaitan.

Menurut penyelidik Pusat Latihan Angkasawan China, Li Yinghui, sebanyak 24 ujian perubatan akan turut dijalankan.

“Satu daripadanya adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan persekitaran sifar graviti dan penerbangan angkasa lepas ke atas manusia dari perspektif fizikal.

“Kedua adalah melihat kesan penerbangan angkasa lepas terhadap keupayaan manusia, dan mengkaji ciri-ciri perubahan keupayaan manusia.” katanya.

Pada Jun 2019, CMSA dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Urusan Angkasa Luar (UNOOSA) bersama mengumumkan kumpulan pertama projek terpilih yang terdiri daripada sembilan projek dari 17 buah negara serta 23 entiti untuk menjalankan eksperimen sains angkasa di stesen angkasa China.

Sebanyak 25 kabinet eksperimen saintifik boleh ditempatkan di dalam kabin stesen angkasa China.

Setiap kabinet eksperimen pula berfungsi sebagai sebuah makmal angkasa yang kecil, yang dapat menyokong pembangunan eksperimen sains angkasa.

Stesen angkasa China akan menjalankan lebih banyak eksperimen sains angkasa antarabangsa pada masa hadapan.

Berita berkaitan
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Hab kereta api penumpang terbesar Asia kembali beroperasi di Beijing
June 20, 2022· Dunia
Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan
May 27, 2022· Isu semasa
Kanada haramkan Huawei dan ZTE daripada rangkaian 5G
May 20, 2022· Dunia
Popular
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
July 1, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
10 jam lalu · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
15 jam lalu · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
16 jam lalu · Dunia
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
July 1, 2022 · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
July 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok