China lakukan penghapusan etnik Uighur, lapor AS

March 31, 2021 · Dunia

China dituduh melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan’ terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di wilayah barat Xinjiang, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan tahunan mengenai hak asasi manusia global.

Dikeluarkan hari ini, laporan mendapati bahawa pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan berlaku terhadap Muslim Uighur yang mendominasi Xinjiang.

Laporan itu menyatakan tuduhan jenayah, termasuk memenjara sejuta etnik Uighur sewenang-wenangnya, pemerkosaan, penyeksaan, buruh paksa dan sekatan terhadap kebebasan beragama, bersuara dan pergerakan.

Laporan itu yang diperlukan oleh Kongres AS setiap tahun dibuat berdasarkan penilaian Jabatan Negara mengenai amalan hak asasi manusia di lebih 180 negara.

Pada sidang media di Washington, hari ini, Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata, AS akan menggunakan semua alat diplomasi untuk mempertahankan hak asasi manusia dan bertanggungjawab terhadap pelaku penyalahgunaannya.

China bagaimanapun, menolak tuduhan penyalahgunaan kuasa di Xinjiang, sambil menuduh negara dan kumpulan hak asasi manusia melancarkan serangan memfitnah mengenai keadaan Muslim Uighur dan etnik minoriti di wilayah barat China.

Menteri Luar China, Wang Yi, berucap di perhimpunan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva bulan lalu berkata, fakta asas menunjukkan bahawa tidak ada apa yang disebut sebagai pembunuhan beramai-ramai, buruh paksa dan penindasan terhadap agama di Xinjiang. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok