China ‘kurung’ 5.5 juta lagi penduduk setelah kesan dua kes Omicron

January 12, 2022 · Dunia

Sebuah lagi bandar di China dikenakan perintah kawalan pergerakan atau ‘lockdown’ sekali gus ‘mengurung’ kira-kira 5.5 juta penduduknya tatkala wabak Covid-19 kembali menular di Anyang, wilayah Henan – bandar ketiga dikenakan tindakan itu.

Perintah kawalan di bandar Anyang, dengan populasi 5.5 juta penduduk, diumumkan selepas dua kes varian Omicron dilaporkan. Penduduk tidak dibenarkan keluar dan kedai diarah tutup kecuali yang menjual barang keperluan.

Sebelum ini, seramai 13 juta lagi penduduk telah dikurung di Xi’an yang sudah mengambil masa selama hampir tiga minggu, manakala 1.1 juta lagi di Yuzhou lebih seminggu.

Tidak jelas berapa lama penutupan Anyang akan dilakukan kerana ia diumumkan sebagai langkah untuk memudahkan ujian besar-besaran yang merupakan prosedur standard dalam strategi China untuk mengenal pasti dan mengasingkan individu yang dijangkiti secepat mungkin.

Langkah mengenakan perintah kawalan itu adalah yang paling meluas sejak ‘lockdown’ dikenakan di Wuhan dan sebahagian besar wilayah Hubei pada awal 2020 ketika wabak Covid-19 mula menular.

Sejak itu, China mengambil pendekatan dengan menyasarkan perintah penutupan dan pergerakan di kawasan yang lebih kecil sekiranya terdapat kes positif yang dikesan.

Kes Omicron di Anyang dipercayai ada kaitan dengan dua kes lain yang dikesan di Tianjin pada Sabtu lalu. Ia merupakan kali pertama varian Omicron merebak di tanah besar China daripada individu yang tiba dari luar dan kontak rapat mereka.

Anyang ialah tapak arkeologi yang penting, ibu kota purba dinasti Shang dan tempat tulisan Cina terawal ditemui pada apa yang dipanggil tulang oracle.

Dalam notis yang dikongsi media dalam talian kerajaan, peraturan itu mengarahkan penduduk tinggal di rumah dan hanya seorang sahaja dibenar keluar untuk membeli barang keperluan, sementara semua kenderaan tidak penting dilarang berada di jalanan.

Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk, yang dibuka pada 4 Februari di Beijing semakin dekat, kemunculan Omicron menyebabkan sekatan dikenakan semula di seluruh bandar dalam usaha menghalang wabak itu daripada merebak ke bahagian lain di China.

Seorang pegawai Olimpik Beijing yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kawalan penyakit, Huang Chun, berkata penganjur mengharapkan kerjasama atlet dan pegawai untuk mencegah wabak yang boleh menjejaskan penyertaan.

“Jika kluster besar-besaran tercetus, ia akan memberi kesan kepada sukan dan jadual,” kata Huang.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan penutupan tadika dan sekolah rendah selepas jangkitan dilaporkan dalam kalangan pelajar.

Sekolah akan ditutup bermula Jumaat dan sehingga sekurang-kurangnya cuti Tahun Baru Cina pada minggu pertama Februari. – Agensi

Berita berkaitan
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023· Dunia
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
13 jam lalu · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok