China jalin kerjasama dengan Indonesia bina pusat pengeluaran vaksin

January 12, 2022 · Dunia

China akan terus bekerjasama dengan Indonesia dalam rantaian industri vaksin COVID-19 serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan, bagi membantu Indonesia membina pusat pengeluaran vaksin serantau.

Menurut laporan Bernama, Presiden China, Xi Jinping berkata demikian pada Selasa menerusi perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar kedua-dua negara merealisasikan pembangunan bersama, di samping menjadi teladan dalam kerjasama pragmatik.

Usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) perlu diintegrasikan dengan pembentukan paradigma pembangunan baharu China serta pelan pembangunan jangka panjang dan sederhana Indonesia, bagi memacu kerjasama pasca pandemik, katanya.

“Kerjasama antara dua pihak juga perlu dipergiat untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang berkualiti tinggi, di samping menjayakan program utama seperti Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau dan “Dua Negara, Dua Taman”.

Beliau berkata, China dan Indonesia masing-masing menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi BRICS dan Kumpulan 20 (G20) pada tahun ini.

China sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam mengamalkan multilateralisme sebenar, melaksanakan inisiatif pembangunan global serta memelihara kepentingan negara pasaran baharu dan negara membangun.

Sementara itu, Joko Widodo berkata, Indonesia dan China telah menyaksikan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala yang pesat pada tahun lepas.

Kerjasama dalam bidang perubatan turut membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama dalam pengeluaran vaksin Covid-19 dan R&D ubat-ubatan. Kini, sebanyak 80 peratus vaksin Indonesia berasal dari China.

Indonesia bersedia memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan dan usaha melawan pandemik.

Beliau turut mengalu-alukan pelaburan syarikat China, serta menjalankan kerjasama dalam bidang teknologi tinggi dan pembangunan hijau.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok