China hantar angkasawan wanita pertama teroka stesen angkasa

October 17, 2021 · Dunia

Seorang wanita China berumur 41 tahun bakal melakar sejarah sebagai angkasawan wanita dan penjelajah pertama negara itu yang memasuki stesen angkasa lepas Tiangong.

Ini adalah perjalanan kedua Wang Yaping susulan kejayaan misi pertama ke angkasa pada 2013 ketika mengorbit Tiangong-1. Turut mengiringi Yaping adalah dua rakan sepasukannya iaitu Komandan Zhai Zhigang, 55 tahun dan Ye Guangfu, 41 tahun.

Roket Long March 2F Y13 yang membawa kapsul Shenzhou 13 dan tiga angkasawannya melonjak ke udara pada jam 12.23 pagi waktu tempatan semalam.

“Seperti mimpi berada di alam semesta. Walaupun kelihatan jauh dan tidak dapat digapai, tetapi selagi kita mencuba, pasti dapat mencapainya,” kata Yaping kepada China Central Television dalam satu temubual.

Misi selama enam bulan itu akan menyaksikan trio tersebut berada di salah satu daripada tiga modul iaitu Tianhe yang akan dijadikan stesen angkasa Tiangong.

Selain itu, Financial Times turut melaporkan kerajaan China juga sedang menguji kemampuan kapal angkasa baharu dengan peluru berpandu hipersonik.

Melalui laporan yang dipetik dari beberapa sumber terdekat semasa ujian itu Ogos lalu, Beijing sudah melancarkan peluru berpandu nuklear mengelilingi bumi pada orbit sebelum menuju ke sasarannya.

Namun, menurut tiga sumber lain, misi itu tersasar jauh lebih 32 kilometer.

Menurut Financial Times, peluru peluncur hipersonik itu dilepaskan oleh roket ‘Long March’, tetapi sesi ujian Ogos lalu masih dirahsiakan.

Laporan juga menyebut perisikan Amerika Syarikat (AS) terkejut dengan pelancaran senjata hipersonik itu.

Selain China, AS, Russia dan lima negara lain turut menggunakan teknologi hipersonik.

Peluru berpandu hipersonik seperti peluru berpandu balistik yang boleh membawa senjata nuklear dan mampu terbang lima kali lebih laju daripada kelajuan bunyi.

Namun, peluru berpandu balistik mampu terbang lebih tinggi ke ruang angkasa untuk mencapai sasaran, manakala peluru hipersonik hanya mampu terbang di ruang rendah atmosfera tetapi berpotensi mengenai sasaran dengan lebih tepat.

Lebih penting, peluru berpandu hipersonik dapat digerakkan seperti peluru berpandu subsonik yang jauh lebih perlahan, sehingga ianya sukar dikesan.

Walaupun negara seperti AS mampu membangunkan sistem pertahanan serangan peluru berpandu peluncur dan balistik, namun kebolehan untuk mengesan dan memusnahkan peluru berpandu hipersonik masih samar.

Menurut Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongress AS (CRS), China mencipta teknologi tersebut secara agresif selepas mendapati terdapat aspek penting bagi pertahanan terutamanya apabila AS menunjukkan keupayaan dalam hipersonik dan teknologi terbaharu lain. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok