China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan

June 24, 2022 · Dunia

Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa menghulurkan lebih banyak bantuan untuk menyokong Afghanistan menangani situasi kemanusiaan di negara ini.

Zhang berkata keadaan yang berlaku di Afghanistan boleh dijadikan iktibar bahawa campur tangan ketenteraan dan negara lain tidak membawa apa-apa manfaat di negara itu, lapor Bernama.

“Sebaliknya semua pihak perlu mengakui prinsip bahawa negara itu hanya boleh ‘dipimpin oleh rakyat Afghanistan, dikuasai oleh rakyat Afghanistan sendiri’.

“Semua pihak juga perlu berinteraksi dengan kerajaan sementara negara itu dengan sikap pragmatik, menyokong kedamaian dan kesatupaduan domestik serta mencari model pentadbiran yang selaras dengan keadaan sebenar Afghanistan,” katanya ketika berucap di Majlis Keselamatan PBB pada Khamis.

Menurut Zhang, situasi kemanusiaan dan ekonomi di Afghanistan kian membimbangkan setelah pengunduran pasukan tentera asing pada Ogos tahun lalu.

Setakat ini, program respons kemanusiaan Afghanistan masih kekurangan modal sebanyak US$3 bilion (RM13.2 bilion).

Pada April, pelbagai pihak terdiri pakar isu kemanusiaan PBB menyeru Amerika Syarikat (AS) untuk membatalkan pembekuan aset luar negara Afghanistan bagi mengubah keadaan kehidupan golongan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

“Afghanistan bergelut dengan bermacam-macm masalah lain termasuk keselamatan, antikeganasan, antidadah dan pelarian.

“Untuk menghadapi masalah itu adalah penting untuk membantu Afghanistan membanteras pelbagai kumpulan keganasan seperti “Daesh” dan “ETIM”, selain menyokong Afghanistan untuk menggantikan tanaman popi, selain memastikan hak dan kepentingan wanita serta kanak-kanak Afghanistan dalam pendidikan serta pekerjaan terus dipelihara,” kata Zhang.

Beliau turut menekankan bahawa China dan Afghanistan adalah negara jiran yang baik.

Katanya, kerajaan China telah menghulurkan bantuan kecemasan bernilai RMB250 juta (RM165 juta) kepada negara itu sejak musim sejuk tahun lalu.

“Bantuan bilateral yang melibatkan modal sebanyak RMB1 biliion (RM658 juta) pula akan terus dilaksanakan dan China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk memberi sumbangan baharu untuk masa depan yang lebih cerah di Afghanistan,” katanya.

Berita berkaitan
Perolehan darurat dilaksanakan untuk salur bantuan kepada mangsa banjir, kata Menteri
March 4, 2023· Isu semasa
Tiga hari mangsa banjir tidur beralas kotak: Laporan
March 4, 2023· Isu semasa
Mereka yang layak keluar KWSP, sebenarnya tidak mahu keluarkan pun: Mat Maslan
February 22, 2023· Isu semasa
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
13 jam lalu · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
35 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok