China ceroboh lagi Kepulauan Spratly

April 2, 2021 · Dunia

Filipina hari ini menuduh puluhan kapal China sedang membina struktur kekal secara haram di Beting Union dalam rangkaian terumbu yang menjadi rebutan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Filipina berkata, Beting Whitsun terletak berdekatan kawasan di mana sekumpulan kapal – dipercaya dinaiki anggota separa tentera China yang menyamar sebagai nelayan – berkumpul sejak beberapa minggu lalu.

Tentera Filipina itu berkata, struktur itu dikesan ketika sepasukan anggotanya melakukan rondaan maritim di kawasan itu, kelmarin.

Kepulauan Spratly menjadi perebutan enam negara antara China dan Taiwan dengan empat anggota Asean iaitu Malaysia, Brunei, Vietnam dan Filipina.

China paling lantang dan berani dalam isu pertindihan tuntutan kerana menuntut keseluruhan wilayah maritim merangkumi Kepulauan Paracel, Kepulauan Spratly, Tebing Macclesfied dan Terumbu Scarborough, manakala negara lain terhad kepada beberapa kawasan. Vietnam sebelum ini turut menuntut Kepulauan Paracel yang kini dikuasai China.

Kepulauan Spratly mempunyai kawasan seluas 425,000 kilometer persegi dengan 30,000 pulau kecil manakala lebih daripada 750 pulau terumbu. Kedudukan Spratly yang strategik menyebabkan ia dituntut oleh keenam-enam negara berkenaan dengan tuntutan mereka agak bercampur-campur.

Filipina juga mendakwa China menggunakan armada separa tentera yang menyamar sebagai nelayan untuk menceroboh wilayah yang menjadi rebutan di sepanjang 3.36 juta kilometer persegi Laut China Selatan.

“Undang-undang laut memberikan Filipina hak eksklusif yang tidak dapat dipertikaikan di kawasan itu. Pembinaan dan aktiviti lain ini, ekonomi atau sebaliknya, memudaratkan keamanan, ketenteraman, dan keselamatan perairan wilayah kita,” kata Ketua Tentera Filipina, Lt Jeneral Cirilito Sobejana.

Pada 2016, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak tuntutan China ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, tetapi Beijing menolak keputusan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok