China beri amaran kepada Amerika ‘jangan main api’

April 14, 2021 · Dunia

 

China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya ‘tidak bermain dengan api’ berhubung isu Taiwan, selepas Jabatan Negara mengemaskini garis panduan memudahkan perhubungan antara pegawai AS dan rakan sejawatnya dari pulau itu.

Jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian menggesa Washington memberhentikan serta-merta perhubungan antara pegawai AS dan Taipei bagi menjaga kestabilan Selat Taiwan dan hubungan AS-China.

Isu Taiwan terlalu sensitif bagi China, dan menjadi punca pergeseran antara Washington dan Beijing sejak beberapa tahun lalu.

Kenyataan Lijian dibuat selepas AS pada Jumaat mengemaskini garis panduan untuk mengadakan hubungan lebih erat dengan Taiwan – satu langkah yang menunjukkan Presiden Joe Biden berhasrat untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada Taiwan.

AS mengiktiraf Beijing sebagai pemerintah China yang sah sejak 1979 apabila kedua-duanya menjalin hubungan diplomatik dan mengurangkan hubungan dengan Taiwan.

Bagaimanapun, garis panduan baharu itu akan memansuhkan beberapa peraturan yang menghalang AS berurusan dengan Taiwan, termasuk pertemuan secara langsung dengan pegawai Taipei.

Ketika AS berusaha menjalin hubungan yang lebih erat dengan Taiwan, China telah meningkatkan aktiviti ketenteraannya di pulau itu sejak bulan lalu.

Pencerobohan terbesar ke atas wilayah Taiwan dilaporkan berlaku Isnin lalu apabila 25 pesawat China, termasuk jet pejuang memasuki zon pertahanan udara Taiwan.

China seperti biasa mendakwa misi tersebut adalah untuk melindungi kedaulatan wilayahnya dan menangani persekongkolan Taipei dan Washington.

Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken pada Ahad berkata, AS memandang serius tindakan agresif China ke atas Taiwan dan memberi amaran perbuatan itu adalah kesalahan serius bagi sesiapa sahaja yang cuba mengubah status quo pulau itu menggunakan kuasa tentera.

China percaya Washington bersekongkol dengan Taipei untuk mencabar Beijing dan menyokong pulau itu mendapat kemerdekaan secara rasmi. – Agensi

Berita berkaitan
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Bilangan pelajar antarabangsa warga China terbesar di UTM tahun ini
February 3, 2023· Isu semasa
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok