China berdepan kerugian besar ekoran langkah sifar Covid-19

Kajian yang dijalankan mendapati China bakal berdepan kerugian besar dalam sektor ekonomi susulan langkah sifar Covid-19 yang dilaksanakan negara tersebut bagi membendung penularan virus membunuh itu.

Susulan pengenalan langkah sifar Covid-19, ekonomi China jatuh teruk dan berdepan kerugian dianggarkan AS$46 bilion sebulan, hanya lebih tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ahli ekonomi di Universiti China Hong Kong (CUHK) menggunakan data penjejakan logistik melibatkan dua juta trak untuk meramalkan kemungkinan kesan terhadap aktiviti ekonomi.

Pengarang bersama dan profesor ekonomi CUHK, Song Zheng berkata langkah penutupan ketat di Shanghai sahaja boleh mengurangkan empat mata peratusan daripada KDNK China.

Tsai Ming-fang, ahli ekonomi di Universiti Tamkang Taiwan, berkata penutupan itu boleh menghapuskan industri elektronik bandar itu.

“Penutupan Shanghai menyebabkan seluruh industri logistik elektronik terjejas,” kata Tsai.

“Pelabuhan juga terjejas secara langsung dan mustahil untuk barangan dihantar.”

“Ia juga mustahil untuk pekerja berulang-alik ke tempat kerja seperti biasa. Inilah titik-titik di mana kesan ekonomi akan dirasai.”

Memetik laporan Reuters, pembekal kenderaan elektrik Tesla, Lingang sudah menghentikan pengeluaran selama empat hari.

“Apabila pengeluaran dihentikan, mereka tidak dapat meneruskannya kerana mereka akan menghadapi masalah operasi disebabkan masalah aliran tunai, atau mungkin terus muflis,” katanya.

Status Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen sebagai pintu utama untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) kini boleh terancam susulan penutupan yang dilaksanakan di bandar-bandar utama di China itu.

BERITA BERKAIT
POPULAR