China bantah tindakan Australia halang pelajarnya masuk

March 30, 2022 · Dunia

Kerajaan China membantah tindakan Australia yang menghalang pelajarnya masuk sebaik tiba di Sydney kerana tidak membuat pengakuan pernah menjalani latihan ketenteraan mandatori di universiti negara republik tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pada sidang media beberapa pelajar warganya baru-baru ini dibatalkan visa mereka dan dihantar pulang apabila semasa cuba memasuki Australia melalui Sydney.

Pegawai imigresen Australia menganggap latihan ketenteraan mandatori yang dikendalikan pihak universiti di China adalah sama dengan latihan ketenteraan sebenar dan semua pelajar tersebut dihantar balik kerana gagal mendedahkan perkara tersebut, kata Wang.

Pelajar di universiti China wajib menjalani latihan ketenteraan yang singkat pada awal tahun pertama mereka, biasanya tujuh hingga 24 hari, bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan kolektivisme dalam diri pelajar.

“Tingkah laku Australia bertentangan dengan sifat interaksi rakyat dengan rakyat dan kerjasama bertolak ansur,” kata Encik Wang.

Jurucakap Imigresen Australia berkata mereka tidak mengulas mengenai kes individu tetapi menjelaskan “dibenarkan dan boleh membatalkan visa di sempadan jika pengembara memberikan maklumat palsu”.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok