China bakal beri vaksin kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun

June 5, 2021 · Dunia

China bakal menjadi negara pertama di dunia meluluskan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak seawal tiga tahun selepas negara itu membenarkan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19, Sinovac, kepada golongan berkenaan.

Pengerusi Sinovac Biotech Ltd Yin Weidong bagaimanapun berkata, bila vaksin Sinovac akan ditawarkan kepada kumpulan yang lebih muda bergantung kepada pihak berkuasa kesihatan China yang merumuskan strategi vansinisasi negara itu.

“Kanak-kanak bawah umur kurang diberi keutamaan untuk vaksinasi terhadap virus Covid-19 berbanding dengan orang tua, yang menghadapi risiko jangkitan lebih tinggi,” katanya kepada stesen televisyen negara itu, China Central, hari ini.

Singapura, Hong Kong dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) sehingga kini membenarkan penggunaan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak 12 tahun dan ke atas.

Tindakan itu dibuat selepas pelbagai laporan timbul mengenai risiko kanak-kanak dengan penyakit boleh menjangkiti seperti golongan dewasa.

Yin berkata penyelidikan Fasa I dan Fasa II, membabitkan ratusan peserta yang menunjukkan vaksin Sinovac adalah selamat dan berkesan untuk kanak-kanak sebagaimana dewasa.

“Vaksin sama, jumlah sama dan proses sama boleh digunakan kepada kanak-kanak berusia dari tiga hingga 17 tahun.

“Pihak berkuasa kesihatan China akan ke depan dalam penggunaan vaksin untuk kumpulan usia berbeza secara teratur berdasarkan keperluan epidemik dan struktur populasi di China,” katanya.

Satu lagi pengeluar vaksin Covid-19 China, Sinopharm juga sudah menyerahkan pelbagai data bagi mendapat kebenaran memberi suntikan kepada individu bawah umur.

Vaksin CanSino Biologics’ (6185.HK) pula kini masuk Fasa II kajian klinikal untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun. – Agensi

Berita berkaitan
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Bursa ditutup rendah hari kedua berturut-turut
July 18, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
July 17, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan lagi minggu depan
July 8, 2023· Isu semasa
Popular
Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul
September 1, 2021
Lee rombak Kabinet Singapura
June 6, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
13 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok