China, AS kerah kapal pengangkut: Laut China Selatan panas kembali

April 6, 2021 · Dunia

China dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menghantar kapal pengangkut masing-masing ke kawasan perairan yang menjadi perbalahan di Laut China Selatan, sekali gus dilihat sebagai perlumbaan menunjukkan strategi mereka.

Tatkala, wilayah yang menjadi tuntutan beberapa negara termasuk Malaysia menjadi semakin panas sejak kebelakangan ini, keberadaan kapal pengangkut kedua-dua negara itu mencetuskan ketegangan baharu di kawasan berkenaan.

Semalam, Tentera Laut Amerika diketuai kapal pengangkut USS Theodore Roosevelt memasuki Laut China Selatan dari Selat Melaka, dakwa kumpulan pemantau situasi Laut China Selatan yang berpangkalan di Beijing.

Kumpulan itu mendakwa kapal pemusnah peluru berpandu USS Mustin jika sedang beroperasi di Laut China Timur dan semakin menghampiri Sungai Yangtze.

Sementara itu, kapal pengangkut China, Liaoning, pula belayar melepasi Selat Miyako di barat daya Jepun, kelmarin, sehari selepas Kementerian Pertahanan China menggesa Tokyo menghentikan tindakan provokatif di Kepulauan Diaoyu di Laut China Timur.

AS sebelum ini mengadakan latihan ketenteraa bersama sekutunya di wilayah itu minggu lalu, termasuk dengan Jepun di Laut China Timur, Australia (di timur Pasifik) dan India (di Lautan Hindi).

Penganalisis berpendapat kehadiran serentak kapal tentera laut di Indo-Pasifik boleh mencetuskan konflik ketenteraan, susulan tindakan Beijing menuntut secara tegas wilayah yang menjadi pertikaian, sementara Washington pula merancang strategi untuk tindak balas terhadap China.

Keadaan itu berlaku di tengah-tengah pertikaian yang semakin meruncing antara Manila dan Beijing susulan kehadiran puluhan kapal China di Terumbu Whitsun di Laut China Selatan.

Beijing mendakwa kapal yang berlabuh di terumbu itu adalah nelayan yang berteduh daripada angin kencang, manakala Manila pula menuduh gerombolan kapal itu dinaiki pasukan separa tentera China.

Semalam, Filipina sekali lagi mengarahkan semua kapal itu meninggalkan Terumbu Whitsun, yang didakwa berada di dalam kawasan Laut Filipina Barat.

Tokyo berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai undang-undang baharu pengawal pantai China yang membenarkan tenteranya menggunakan senjata terhadap kapal asing yang dilihat memasuki perairan China secara haram, serta peningkatan jumlah pengawal pantai China di perairan dekat pulau-pulau yang dipertikaikan.

Ketegangan juga berlaku di Taiwan, di mana sejak beberapa bulan lalu apabila pesawat China terbang berhampiran zon pengawasan tentera Taiwan, kelmarin dan semalam. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok