China arah 13 juta penduduk tinggal di rumah, kenakan ‘total lockdown’

December 22, 2021 · Dunia

China mengarahkan kira-kira 13 juta penduduk bandar Xi’an duduk di rumah berkuat kuasa hari ini, dalam apa yang dilihat sebagai penutupan penuh atau ‘total lockdown’, sambil secara mendadak memperketatkan kawalan perjalanan untuk menangani wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Tatkala Beijing bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Februari, China berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika usaha memerangi wabak Covid-19 di beberapa bandar dilaksanakan.

Xi’an – bandar utama wilayah Shaanxi di utara China – melaporkan 52 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya sejak 9 Disember lalu sebanyak 143 kes.

Mulai tengah malam Khamis, hanya seorang wakil isi rumah dibenar keluar setiap dua hari sekali untuk membeli barang keperluan, sementara yang lain diarah berada di rumah, kecuali untuk kecemasan, kata pentadbiran bandar itu menerusi media Weibo, hari ini.

Penduduk tidak boleh meninggalkan bandar melainkan perlu, kata kenyataan itu sambil menambah bahawa mereka yang ingin keluar perlu memberikan bukti ‘keadaan khas’ dan memohon kelulusan.

Perintah itu dibuat sehari selepas bandar itu mula menjalankan ujian saringan ke atas semua 13 juta penduduknya.

Stesen bas jarak jauh ditutup dan pihak berkuasa telah menyediakan pusat pemeriksaan kawalan penyakit di lebuh raya keluar dari Xi’an, kata notis kerajaan.

Lebih 85 peratus penerbangan ke dan dari lapangan terbang utama di bandar itu telah dihentikan, menurut VariFlight, laman sesawang penjejak penerbangan.

Di dalam bandar, kapasiti penumpang bas dan kereta api telah dikurangkan, sementara semua sekolah ditutup.

Semua perniagaan dan kemudahan awam tidak penting selain pasar raya, kedai serbaneka dan institusi perubatan telah diarah tutup, manakala kerajaan tempatan menggesa majikan membenarkan orang ramai bekerja dari rumah, lapor CCTV.

Mesyuarat berskala besar serta aktiviti di taman awam telah digantung, manakala muzium yang menempatkan ‘Tentera Terracotta’ yang terkenal di dunia – makam maharaja pertama China yang berusia 2,000 tahun – ditutup sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

China – negara pertama Covid-19 dikesan – mengambil langkah tegas, termasuk memperketatkan sempadannya dan mengenakan tempoh kuarantin yang panjang, dalam usaha menjadikan negara itu sifar Covid-19.

Malah, tindakan sekatan serta-merta akan dikenakan sekiranya sesuatu lokaliti mengesan satu kes.

Terdahulu, bandar selatan Dongxing mengarahkan 200,000 penduduknya duduk di rumah mulai Selasa lalu setelah satu kes Covid-19 dikesan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok