China akan adakan latihan ketenteraan besar-besaran di Laut China Selatan

March 28, 2021 · Dunia

China akan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran Isnin dan Selasa ini, susulan tindakan Filipina meningkatkan kawalan di wilayah kedaulatannya berhampiran Terumbu Whitsun – meningkatkan lagi ketegangan terbaharu di kawasan yang menjadi tuntutan beberapa negara, termasuk Malaysia.

Pentadbiran Keselamatan Maritim China mengeluarkan notis hari ini mengatakan kawasan paling selatan wilayah Hainan dan Kepulauan Paracel akan ditutup kepada lalu lintas maritim berikutan latihan ketenteraan.

Sebelum ini, Filipina menghantar lebih banyak kapal perang untuk melakukan apa yang didakwa sebagai ‘rondaan kedaulatan’ di Laut China Selatan, di mana kapal China mengepung Terumbu Whitsun dan enggan meninggalkannya.

Beijing mendakwa ia adalah kapal menangkap ikan yang berteduh, sementara Manila pula menyifatkan gerombolan kapal itu adalah pasukan separa tentera China.

“Latihan oleh China itu akan menyumbang kepada ketegangan. Walaupun keadaan sekarang kelihatan tenang kerana semua pihak mendiamkan diri, tetapi tidak ada jaminan keadaan itu akan kekal.

“Saya percaya China menghantar isyarat mereka bersedia bertindak balas, atau lebih tepatnya, untuk meningkatkan tindak balas mereka, jika Filipina atau negara lain mengambil tindakan terhadap kapal-kapal yang berlabuh di terumbu itu,” kata Felo di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Teknologi Nanyang di Singapura, Collin Koh.

Pengumuman hari ini adalah serentak dengan pencerobohan 20 pesawat perang China di zon pertahanan Taiwan – pencerobohan terbesar yang dilaporkan Kementerian Pertahanan Taiwan.

Dua puluh pesawat perang itu termasuk tiga pesawat antikapal selam dan pengintipan Y-8; sebuah pesawat amaran awal KJ-500; empat pesawat pengebom H-6K, 20 jet pejuang J-16 dan J-10. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok