CEO Pfizer percaya dunia perlukan suntikan tahunan vaksin

September 27, 2021 · Dunia

Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla percaya orang ramai memerlukan suntikan tahunan vaksin bagi menangani sepenuhnya penularan varian baharu Covid-19.

“Satu senario kepada saya, kerana virus merebak di seluruh dunia, ialah kita akan terus melihat varian baharu yang muncul, dan kita mempunyai vaksin yang bertahan sekurang-kurangnya setahun.

“Saya rasa senario yang terbaik adalah vaksinasi tahunan. Tapi kita belum pasti lagi. Kita perlu tunggu dan lihat data lebih lengkap,” katanya.

Bourla berkata demikian susulan kenyataan CEO Moderna, Stephane Bancel, yang meramalkan wabak Covid-19 akan berakhir dalam tempoh setahun lagi.

Beliau juga yakin kehidupan akan kembali normal tahun depan walaupun varian baharu Covid-19 kemungkinan akan terus muncul di seluruh dunia.

“Saya setuju bahawa dalam masa setahun kita akan dapat kembali ke kehidupan normal

“Saya rasa ini tidak bermaksud bahawa varian tidak akan datang, dan saya rasa ini tidak bermaksud kita dapat menjalani kehidupan tanpa menjalani vaksinasi,” katanya.

Terdahulu, Bancel berkata penambahan kapasiti pengeluaran vaksin Covid-19 sejak enam bulan lalu akan mencukupi untuk semua individu di atas muka bumi ini menjelang pertengahan tahun depan.

Menurutnya individu yang tidak menerima vaksin perlu melawan sendiri Covid-19 kerana varian Delta mudah merebak.

“Dengan cara ini kita akan mengakhiri situasi Covid-19 sebagaimana yang berlaku kepada selesema. Anda boleh dapatkan dapatkan vaksin dan bergembira melalui musim sejuk.

“Atau anda tidak melakukannya dan berdepan risiko serta kemungkinan berakhir di hospital,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok