Cegah Covid-19 jemaah umrah, robot pintar agih air zamzam kembali beroperasi

January 11, 2022 · Dunia

Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula fungsi robot pintar untuk mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung dua masjid suci berkenaan.

Keputusan ini dibuat susulan arahan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua lokasi bermula akhir bulan lepas, menurut laporan Bernama.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pengairan Zamzam Masjidil Haram, Badr Al-Laqmani, berkata teknologi robot pintar ini mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit dan ia boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia.

“Ia berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol”, katanya seperti disiarkan menerusi portal rasmi jabatan berkenaan.

Jelasnya lagi, usaha sedang giat dijalankan untuk membolehkan robot dapat beroperasi secara meluas di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk turut mengendalikan beg dan silinder mudah alih.

“Kami berusaha untuk menyediakan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi untuk pengunjung Masjidil Haram,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagai langkah berjaga-jaga dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), pihaknya sedang dalam perancangan untuk membangunkan ‘sensor’ tanpa sentuh pada tangki marmar yang mengalirkan air zamzam di seluruh Masjidil Haram.

Arab Saudi buat pertama kali merekodkan jangkitan harian Covid-19 melebihi 4,000 kes semalam apabila mencatatkan 4,778 kes baharu.

Menurut perkongsian infografik Kementerian Kesihatan Saudi di laman Twitter, dua mangsa dilaporkan maut akibat virus berkenaan dalam tempoh 24 jam, meningkatkan jumlah kumulatif kematian kepada 8,895 kes, di negara yang mencatatkan 583,531 kes jangkitan setakat ini.

Menurut perkongsian sama, seramai 154 pesakit Covid-19 kini berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Berita berkaitan
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran loji
October 10, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
PH punca projek naik taraf bekalan air di Kedah tertangguh, kata MB
April 19, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok