CDC Amerika Syarikat letak UK dalam senarai ‘Amaran Tahap Tinggi’ Covid

July 20, 2021 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menaikkan peringkat amaran Covid-19 terhadap United Kingdom (UK) kepada Tahap 4, tertinggi dalam skala amaran agensi itu, dan menggesa rakyatnya untuk tidak ke negara itu walaupun sudah menerima vaksin.

Saranan itu dibuat tatkala UK kini berdepan amaran lonjakan baharu jangkitan Covid-19, yang sebahagian besarnya berpunca daripada varian Delta yang merebak pantas dan mudah berjangkit, sementara kerajaan negara itu pula memansuhkan semua sekatan dan kawalan sedia ada mulai Isnin.

“Disebabkan situasi terkini di UK, walaupun individu yang sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 boleh menghadapi risiko mendapat dan menularkan varian Covid-19,” kata CDC sambil mengingatkan mereka yang terpaksa juga melakukan perjalanan ke negara itu perlu mendapatkan sepenuhnya suntikan vaksin terlebih dahulu.

Pengembara yang perlu ke UK dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial kira-kira enam kaki dari individu lain.

Sebaik kembali ke Amerika Syarikat mereka disaran melakukan ujian saringan dalam tempoh tiga hingga lima hari setelah tiba, kata CDC.

Semalam, dengan apa yang dikatakan ‘hari pembebasan’, UK menamatkan semua sekatan Covid-19 termasuk tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan tidak perlu melaksanakan penjarakan sosial, sementara pusat hiburan dibuka semula.

Namun, hanya sedikit sahaja kegembiraan itu dikongsi rakyat Britain, tatkala lebih ramai lagi yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri susulan penularan varian Delta.

Malah Perdana Menteri Boris Johnson sendiri terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah menjadi kontak rapat kepada Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid yang disahkan positif Covid-19.

Pada sidang media maya semalam, Johnson mempertahankan langkah membuka semula Britain sambil berkata ianya lebih baik dilakukan pada musim panas berbanding musim sejuk ketika virus Covid-19 memiliki kelebihan.

“Kita harus bertanya kepada diri sendiri… jika tidak sekarang… bila?,” kata Johnson sambil menambah walaupun kematian dan kemasukan ke hospital meningkat, jumlahnya berada pada tahap yang sesuai dengan ramalan para saintis negara itu sejak awal lagi.

Jumlah kes positif di UK yang direkodkan sepanjang minggu lalu adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding tujuh hari sebelumnya.Jumlah kematian dan yang menerima rawatan di hospital juga naik 48 peratus dan 39.5 peratus.

Data baharu juga menunjukkan kadar orang dewasa yang telah menerima sepenuhnya dos vaksin Covid-19 melebihi 68 peratus.

UK diletakkan dalam senarai ‘Amaran Tahap Tinggi’ CDC pada Isnin bersama-sama British Virgin Island, Fiji, Indonesia dan Zimbabwe. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok