Canselor Jerman pemimpin pertama terima dua suntikan vaksin berbeza

July 2, 2021 · Dunia

Jerman hari ini mengumumkan satu langkah drastik apabila mencadangkan percampuran dua jenis vaksin berbeza, dengan memberi alasan keberkesanan langkah itu dalam melawan virus Covid-19.

Serentak cadangan daripada Jawatankuasa Tetap Vaksinasi Jerman (STIKO) hari ini, Canselor Jerman Angela Merkel membantu membuka jalan kepada kempen itu apabila menjadi pemimpin dunia pertama menerima suntikan dos berbeza.

Merkel adalah bekas saintis yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam kimia kuantum. Beliau sendiri dapat memberitahu dengan jelas bagaimana Covid-19 tersebar dengan begitu cepat dan mudah – cara yang tidak dapat dilakukan oleh beberapa pemimpin lain.

Awal Jun lalu, Merkel menerima suntikan pertama dos Moderna dan mengambil AstraZeneca sebagai dos kedua, selepas STIKO mengesyorkan orang ramai menerima suntikan pertama dos AstraZeneca dan vaksin mRNA bagi dos kedua, tanpa mengira usia.

Langkah itu juga menjadikan Jerman sebagai negara pertama yang kuat mencadangkan orang ramai mencampurkan dos pertama AstraZeneca dengan mana-mana dos mRNA – vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna – sebagai dos kedua.

STIKO dalam kenyataan berkata keputusan kajian terbaharu menunjukkan tindak balas imun yang dihasilkan setelah vaksinasi dos campuran ‘jelas lebih unggul’.

Vaksin mRNA yang diluluskan oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) adalah Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Pada 17 Jun lalu, Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan mengenai Imunisasi Kanada mengatakan ‘vaksin mRNA kini lebih digemari sebagai dos kedua bagi individu yang telah menerima dos pertama AstraZeneca’.

STIKO berkata mereka membuat cadangan itu berdasarkan ‘bukti yang diperoleh mengenai tindak balas imun yang berpotensi lebih baik daripada vaksinasi campuran’.

Satu kajian dilakukan penyelidik di Universiti Oxford dan diterbitkan pada 28 Jun lalu mendapati suntikan altanatif vaksin Oxford-AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech menghasilkan tindak balas imun yang kuat terhadap Covid-19.

Menurut kenyataan media universiti itu, kedua-dua campuran berjadual berkenaan – Pfizer-BioNTech diikuti oleh Oxford-AstraZeneca, dan Oxford-AstraZeneca diikuti oleh Pfizer-BioNTech – menyebabkan kepekatan antibodi yang tinggi terhadap SARS-CoV- 2 di mana ia melonjakkan protein IgG apabila dos diberikan selama empat minggu.

Pada taklimat media hari ini, EMA berkata mereka tidak berada pada kedudukan untuk membuat cadangan yang pasti mengenai penggunaan vaksin Covid-19 yang berbeza untuk dos kedua, kerana ‘ada alasan kuat dari segi saintifik’ di sebalik pendekatan baharu itu.

Ketua Strategi Ancaman Biologi Kesihatan dan Vaksin EMA, Marco Cavaleri memberitahu taklimat itu bahawa agensi berkenaan ‘menyedari hasil awal daripada kajian yang dilakukan di Sepanyol dan Jerman’ yang ‘menunjukkan bahawa strategi ini mencapai tindak balas imun yang memuaskan dan tidak ada masalah keselamatan’.

Merujuk kepada laporan dan data Universiti Oxford itu, Cavaleri berkata EMA akan terus mengkaji dan menyemak apabila data penuh diperoleh kelak.

Beliau menegaskan bahawa walaupun EMA membuat cadangan ‘berdasarkan semua bukti yang ada mengenai manfaat dan risiko vaksin tertentu’, tanggungjawab untuk bagaimana vaksinasi harus diberikan terletak kepada ‘badan pakar yang membimbing kempen vaksinasi di setiap negara anggota’.

Beberapa negara Eropah sebelumnya telah memberikan vaksin mRNA sebagai dos kedua setelah dos pertama AstraZeneca atas alasan kesihatan dan keselamatan, dan bukan untuk keberkesanan.

Berikutan kebimbangan mengenai kejadian pembekuan darah yang berpotensi membawa maut, negara seperti Jerman dan Sepanyol mengesyorkan agar individu di bawah usia 60 tahun yang menerima suntikan pertama AstraZeneca perlu menerima dos mRNA untuk suntikan kedua mereka.

Cadangan oleh Jerman itu dibuat tatkala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran negara-negara Eropah berdepan gelombang baharu pandemik Covid-19 menjelang Ogos susulan tindakan beberapa negara melonggarkan larangan, selain penularan varian baharu dan liputan rendah vaksinasi.

“Minggu lalu, jumlah kes meningkat sebanyak 10 peratus, didorong oleh peningkatan perhimpunan, perjalanan, dan kelonggaran sekatan sosial,” kata Hans Kluge, Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, hari ini sambil mengingatkan bahawa varian Delta akan mendominasi penularan virus Covid-19 di rantau itu pada akhir musim panas.

Sebanyak 63 peratus penduduk Eropah sedang menunggu suntikan pertama mereka, katanya. Namun Eropah akan bebas daripada sekatan, dengan pergerakan dan pertemuan yang semakin meningkat pada Ogos.

Kluge juga menegaskan dua dos vaksin berkesan untuk melawan varian Delta. – Agensi

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok