Cacar monyet dikesan menular dalam komuniti Britain

May 22, 2022 · Dunia

Britain mengesahkan berlaku jangkitan harian virus cacar monyet (monkeypox) yang tiada kaitan dengan sebarang perjalanan ke Afrika Barat, di mana penyakit itu adalah endemik, kata seorang pegawai kesihatan pada Ahad (22 Mei).

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) berkata angka baharu akan dikeluarkan pada Isnin, selepas mencatatkan 20 kes pada Jumaat.

Ketua Penasihat Perubatan UKHSA, Susan Hopkins membenarkannya ketika ditanya sama ada penularan dalam komuniti kini menjadi kebiasaan di Britain.

“Kami mengesan kes yang tidak mempunyai hubungan yang dikenal pasti dengan individu dari Afrika Barat. Itu yang kami lihat sebelum ini di negara ini.

“Kami mengesan lebih banyak kes setiap hari. Ia akan dimaklumkan pada Isnin,” katanya kepada stesen televisyen BBC.

Hopkins enggan mengesahkan laporan bahawa seorang individu dimasukkan ke unit rawatan rapi, tetapi berkata wabak itu tertumpu di kawasan bandar, dalam kalangan lelaki gay atau biseksual atau lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki.

“Risiko populasi umum kekal sangat rendah pada masa ini, dan saya fikir orang ramai perlu berwaspada terhadapnya,” katanya, sambil menambah bahawa bagi kebanyakan orang dewasa, gejala akan ‘agak ringan’.

Kes pertama UK diumumkan pada 7 Mei, membabitkan pesakit yang sebelum itu telah melawat Nigeria. Penyakit ini juga merebak di Eropah dan Amerika Utara.

Cacar monyet boleh berjangkit melalui sentuhan dengan luka kulit dan titisan orang yang tercemar, serta barangan yang dikongsi seperti peralatan tempat tidur dan tuala.

Gejalanya termasuk demam, sakit otot, limfa bengkak, menggigil, keletihan dan ruam seperti cacar air pada tangan dan muka. Mereka biasanya hilang selepas dua hingga empat minggu.

Tiada rawatan khusus tetapi vaksinasi terhadap cacar didapati kira-kira 85 peratus berkesan dalam mencegah cacar monyet.

Setiausaha Pendidikan Nadhim Zahawi berkata kerajaan UK sudah mula membeli stok vaksin cacar.

“Kami mengambil perhatian yang serius penyakit itu… sangat serius,” katanya kepada BBC. – Agensi

Berita berkaitan
Shahidan minta MP Amanah tak berkelakuan seperti kera dalam hutan
March 1, 2023· Politik
Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan
February 22, 2023· Isu semasa
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Sunak PM Britain paling kaya
October 26, 2022· Dunia
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok