Cacar monyet belum lagi kes kecemasan global: WHO

June 26, 2022 · Dunia

Cacar monyet belum lagi menjadi kes kecemasan kesihatan global, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (25 Jun), walaupun Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan keprihatinan beliau terhadap wabak itu.

“Saya amat bimbang tentang wabak cacar monyet. Ini jelas merupakan ancaman kesihatan yang berkembang yang saya dan rakan sekerja dalam Sekretariat WHO mengikuti dengan sangat dekat,” kata Tedros.

Label “kecemasan global” pada masa ini hanya terpakai kepada wabak Covid-19 dan usaha berterusan untuk membasmi polio.

WHO menerima nasihat daripada mesyuarat pakarnya yang memutuskan wabak cacar monyet belum menjadi kes kecemasan peringkat global.

Terdapat lebih daripada 3,200 kes cacar monyet yang disahkan dan satu kematian dilaporkan dalam tempoh enam minggu terakhir dari 48 negara di mana ia biasanya tidak merebak, menurut WHO.

Setakat tahun ini hampir 1,500 kes dan 70 kematian dilaporkan di Afrika tengah, di mana penyakit itu lebih biasa menular, terutama di Republik Demokratik Congo.

Cacar monyet, penyakit virus yang menyebabkan simptom seperti selesema dan lesi kulit, telah merebak sebahagian besarnya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki di luar negara yang endemiknya.

Ia mempunyai dua varian – di Afrika Barat, yang dipercayai mempunyai kadar kematian sekitar satu peratus dan yang merupakan varian yang merebak di Eropah dan tempat lain, serta varian Congo Basin, yang mempunyai kadar kematian hampir 10 peratus, menurut WHO.

Terdapat vaksin dan rawatan yang tersedia untuk cacar monyet, walaupun ia adalah terhad.

Keputusan WHO itu berkemungkinan mendapat kritikan daripada pakar kesihatan global sebelum menyusrat itu, yang berkata bahawa wabak itu memenuhi kriteria untuk dipanggil kecemasan.

Bagaimanapun, pakar lain berpendapat bahawa WHO berada dalam kedudukan yang sukar selepas Covid-19.

Perisytiharan Januari 2020 bahawa Covod-19 mewakili kecemasan kesihatan awam sebahagian besarnya tidak diendahkan oleh banyak kerajaan sehingga kira-kira enam minggu kemudian, apabila agensi itu menggunakan perkataan “pandemik”. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022 · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok