Bukan tunggul pokok tapi kawah cincin ais di permukaan Marikh

February 1, 2022 · Dunia

Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti tunggul pokok tetapi ciri bulat dalam imej yang baru dikeluarkan yang dirakam pengorbit ExoMars sebenarnya adalah kawah yang kaya dengan ais di Marikh.

Sama seperti cincin berpusat pokok boleh memberi kita maklumat terperinci tentang iklim masa lalu di bumi, corak di dalam kawah mendedahkan sejarah planet merah itu, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Imej itu dirakam tahun lepas oleh kamera di atas ExoMars Trace Gas Orbiter, sebuah kapal angkasa yang dilancarkan oleh ESA dan Roscosmos, agensi angkasa Russia, yang tiba di Marikh pada 2016 dan memulakan misinya pada 2018.

Kawah dalam imej itu berada di kawasan Marikh yang dikenali sebagai Acidalia Planitia, dataran utara yang luas di planet ini. Di sinilah angkasawan fiksyen Mark Watney terkandas dalam novel dan filem “The Martian.”

Saintis kini sedang membahas kemungkinan bahawa dataran utara pernah mengandungi lautan besar atau permukaan air lain, mungkin dilitupi ais.

ESA berkata bahagian dalam kawah dipenuhi dengan mendapan yang mungkin mengandungi ais.

“Dijangkakan bahawa mendapan ini berlaku pada masa awal sejarah Marikh apabila kecenderungan paksi putaran planet membenarkan mendapan air-ais terbentuk di latitud yang lebih rendah daripada hari ini,” kata ESA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas

“Sama seperti di bumi, kecondongan Marikh mencetuskan musim, tetapi tidak seperti bumi kecondongannya telah berubah secara mendadak dalam jangka masa yang panjang.”

Keretakan berbentuk poligon dan separuh bulatan dalam kawah berkemungkinan disebabkan oleh perubahan suhu bermusim yang menyebabkan bahan kaya ais mengembang dan mengecut, yang akhirnya menyebabkan keretakan.

Selain mengambil imej menarik planet merah, pengorbit mengkatalogkan gas dalam atmosfera Marikh dan memetakan permukaan untuk mencari kawasan yang kaya dengan air.

Ini akan membantu saintis mendapatkan gambaran dan memahami sengan yang lebih baik mengenai sejarah air di Marikh dan sama ada ia pernah membolehkan kehidupan berkembang.

Bahagian kedua misi itu akan dijalankan pada 2023, apabila rover baharu akan meneroka kawasan Marikh yang dianggap menyimpan lautan purba dan mencari di bawah tanah untuk melihat tanda-tanda kehidupan, kata ESA. – Agensi

Berita berkaitan
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Rakyat berpeluang saksi fenomena Super Full Moon esok
July 12, 2022· Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
July 2, 2022· Isu semasa
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
4 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok