Budak jatuh perigi 32 meter akhirnya meninggal dunia

February 6, 2022 · Dunia

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang jatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter sejak lima hari lalu, akhirnya berjaya dikeluarkan, namun Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengesahkan Rayan meninggal dunia.

Usaha untuk mengeluarkannya mendapat perhatian dengan pasukan penyelamat bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membawanya keluar, dengan mengorek parit di tepi perigi itu.

Pasukan penyelamat akhirnya membawa keluar kanak-kanak itu pada malam tadi, menurut laporan media tempatan. Berita berkaitan

Tiada kenyataan awal diberikan ketika kanak-kanak itu dibawa keluar sambil disambut sorakan orang ramai yang hadir.

Di media sosial, orang ramai yang menggunakan hashtag #SaveRayan, yang telah menjadi sohor di seluruh negara sambil menyatakan kegembiraan mereka.

Namun, suasana bertukar sedih beberapa minit kemudian apabila Rayan diumumkan telah meninggal dunia.

Menggunakan hashtag sama orang ramai di seluruh dunia mula menyampaikan simpati kepada keluarga Rayan.

“Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa Rayan Oram, Raja Mohammed VI telah memanggil ibu bapa kanak-kanak yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi,” kata kenyataan dari istana diraja.

Tidak dapat dipastikan bila Rayan meninggal dunia. Imej yang dirakam dengan kamera sebelum itu menunjukkan Rayan tidak bergerak namun masih bernafas, dengan darah mengalir di mukanya.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi. – Agensi

Berita berkaitan
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022· Isu semasa
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
August 17, 2022· Isu semasa
Ibu tunggal dibenar cabar tindakan bekas suami daftar anak peluk Islam
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?
February 27, 2022
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
56 minit lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
8 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
21 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok