Budak 13 tahun pandu trak rempuh van antara 9 maut nahas di Texas

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan seorang remaja berusia 13 tahun memandu trak pikap yang bertembung dengan sebuah van di Texas, mengorbankan sembilan orang, termasuk enam ahli pasukan golf sebuah universiti dan jurulatih mereka.

Remaja itu dan seorang lelaki yang menaiki trak terbabit turut maut dalam nahas semalam, 17 Mac 2022.

Tayar depan kiri trak itu, yang merupakan tayar ganti, juga pecah sebelum kenderaan itu gagal dikawal dan memasuki lorong bertentangan dan merempuh van terbabit, kata Naib Pengerusi NTSB, Bruce Landsberg.

Walaupun tidak jelas berapa kelajuan kedua-dua kenderaan itu bergerak, “ini jelas perlanggaran berkelajuan tinggi,” kata Landsberg.

Mengikut peraturan di Texas, individu berumur 14 tahun boleh mengikuti kursus bagi mendapatkan lesen dan 15 tahun untuk menerima lesen sementara untuk memandu dengan ditemani pengajar atau individu dewasa berlesen di dalam kenderaan.

Pegawai Jabatan Keselamatan Awam Sarjan Victor Taylor berkata seorang pemandu berusia 13 tahun adalah melanggar undang-undang.

“Ia jelas sekali perlanggaran berkelajuan tinggi antara dua kenderaan itu. Tiada persoalan mengenai kekuatan impaknya,” katanya.

Dalam nahas berhampiran Andrews, Texas, kira-kira 80km ke timur sempadan dengan New Mexico, kedua-dua kenderaan itu terbakar. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR