Brunei gantung kemasukan pengembara dari Indonesia

July 20, 2021 · Dunia

Kerajaan Brunei Darussalam hari ini mengumumkan semua kemasukan dari Indonesia telah digantung susulan situasi pandemik Covid-19 dan peningkatan jumlah kes import dari negara keempat di dunia paling padat penduduk itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Brunei, susulan situasi yang berterusan berkaitan wabak Covid-19 di Indonesia, kelulusan masuk kepada warga asing yang datang dari atau melalui Indonesia digantung sementara berkuat kuasa serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Penggantungan itu membabitkan kemasukan warga asing yang datang atau melalui mana-mana lapangan terbang di Indonesia menggunakan penerbangan terus, atau transit di Indonesia sebelum ke Brunei.

“Penggantungan sementara itu turut melibatkan warga asing yang telah diberi kelulusan memasuki Brunei dari Indonesia,” kata kenyataan itu.

Pada Isnin, Indonesia melaporkan 34,257 kes baharu dan 1,338 kematian dalam tempoh 24 jam akibat Covid-19.

Selepas melaporkan lapan kes import dari Indonesia pada Ahad, Brunei merekodkan 14 lagi kes baharu Covid-19 dari Indonesia yang semuanya membabitkan rakyat negara republik itu yang tiba melalui Singapura pada 12 Julai lalu.

Siasatan awal pihak berkuasa Brunei mendapati tiada kontak rapat kepada kes berkenaan kerana semuanya dikesan ketika mereka menjalani kuarantin, sementara perjalanan mereka mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP). – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok