Britain, New Zealand capai persetujuan perdagangan bebas

October 22, 2021 · Dunia

Britain dan New Zealand pada dasarnya mencapai persetujuan mengadakan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara bagi mengurangi tarif, meningkatkan perkhidmatan perdagangan, sekali gus meletakkan London selangkah lebih hampir untuk menganggotai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

TPPA adalah pakatan perdagangan bagi meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mencapai persetujuan itu dalam pertemuan secara maya semalam, selepas 16 bulan mengadakan perbincangan.

“Ini adalah perjanjian perdagangan yang hebat buat United Kingdom (UK), memperkukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan New Zealand dan membuka peluang hubungan di Indo-Pasifik,” kata Johnson dalam kenyataannya.

Persetujuan itu menyusul sebulan selepas Britain mencapai perjanjian dengan Australia, tatkala UK tidak lagi mengharapkan hubungan dagangan yang mesra dengan negara-negara dalam Kesatuan Eropah (EU).

“Perjanjian ini akan meningkatkan ekonomi dan eksport New Zealand ketika kita menyambung dan membangunkan semula setelah pulih daripada Covid-19, selain melihat lebih jauh ke depan,” kata Ardern pada sidang media di Wellington.

Menerusi persetujuan itu, tarif bagi 97 peratus produk akan dihapuskan bagi kedua-dua negara apabila perjanjiannya berkuat kuasa, tambah Ardern.

Perjanjian itu juga dijangka memberi manfaat kepada New Zealand sebanyak NZ$1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Ini adalah perjanjian perdagangan kedua New Zealand tahun ini, setelah berbuat demikian dengan China pada Januari lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
September 25, 2023· Isu semasa
Jumlah dagangan eksport dan import Malaysia menurun setakat Julai 2023
August 28, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok