Britain mansuh ujian ketibaan, anggap Covid-19 sebagai endemik

January 24, 2022 · Dunia

Britain berhenti mewajibkan pelancong yang telah lengkap divaksinasi daripada mengambil ujian Covid-19 sebaik tiba di England, kata Perdana Menteri Boris Johnson.

Peraturan baharu itu dibuat berikutan pemansuhan keperluan ujian pra-penerbangan baru-baru ini, dan merupakan sebahagian daripada langkah melonggarkan sekatan umum Covid-19 apabila United Kingdom (UK) mula menganggap virus itu sebagai endemik.

“Untuk menunjukkan bahawa negara ini terbuka kepada perniagaan, terbuka untuk pengembara, anda akan melihat perubahan,” kata Johnson sambil menegaskan individu yang telah menerima dus suntikan vaksin Covid-19 tidak perlu melakukan ujian apabila tiba di negara itu.

Perubahan itu akan mengurangkan kos perjalanan dan memberi lebih keyakinan kepada pengguna bahawa rancangan mereka tidak akan diubah pada saat-saat akhir oleh satu lagi peraturan atau ujian saringan.

Syarikat penerbangan, yang telah berusaha untuk menarik balik semua keperluan ujian, pasti akan mendapat rangsangan – begitu juga hotel dan restoran. Syarikat penerbangan mengalu-alukan keputusan kerajaan, menyusul cuti sekolah separuh penggal bulan depan, diikuti dengan cuti musim bunga dan musim panas.

“Kami percaya ujian untuk perjalanan kini sepatutnya menjadi perkara yang sudah berlalu,” kata , Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah EasyJet, Johan Lundgren.

Saham syarikat penerbangan jatuh mendadak di tengah-tengah penjualan pasaran yang luas. Saham EasyJet turun 4 peratus pada 1.28 tengah hari di London. Pemilik British Airways IAG rugi 6 peratus dan syarikat diskaun Ireland Ryanair Holdings turun 5.5 peratus.

Pengembara mula kembali pada musim luruh, sejurus sebelum penyebaran pesat varian Omicron mengubah kelonggaran dasar sempadan bagi mereka yang telah disuntik.

Bilangan penerbangan antarabangsa yang dijadualkan dari UK semasa cuti separuh penggal Februari meningkat enam kali ganda berbanding setahun lalu tetapi kekal 41 peratus di bawah 2020, sebelum sekatan awal Eropah berkuat kuasa, menurut data daripada firma analisis penerbangan Cirium. Sepanyol adalah destinasi paling popular diikuti oleh Ireland.

“Ini adalah hari penting untuk penumpang, perniagaan dan syarikat senaraian awam,” kata Tim Alderslade, yang mengetuai pelobi industri penerbangan UK.

“Hampir dua tahun sejak sekatan awal Covid-19 diperkenalkan, pengumuman hari ini membawa perjalanan antarabangsa ke arah hampir normal untuk mereka yang divaksin sepenuhnya,” katanya.

Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps dijangka memberikan butiran lanjut mengenai dasar baharu itu dalam satu kenyataan kepada Dewan Rakyat pada Isnin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok