Britain dapat petanda pertama sejak 1980-an polio boleh merebak semula

June 23, 2022 · Dunia

Virus polio telah dikesan dalam beberapa sampel kumbahan di ibu negara Britain, tanda pertama sejak 1980-an bahawa virus berkenaan boleh merebak di negara itu.

Pihak berkuasa tidak menemui sebarang kes polio, yang menyebabkan kurang satu peratus kanak-kanak dijangkiti akan lumpuh.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) berkata risiko itu rendah kerana liputan vaksin yang tinggi.

Agensi itu bagaimanapun menggalakkan ibu bapa supaya memberi vaksin kepada anak-anak mereka selepas penemuan virus semasa pengawasan air sisa kumbahan – terutamanya mereka yang mungkin terlepas suntikan semasa pandemik Covid-19.

Tahap vaksinasi di seluruh negara adalah melebihi 90 peratus yang diperlukan untuk mencegah wabak, tetapi kadar liputan di kalangan bawah dua tahun di London telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan di London akan mula menghubungi ibu bapa kanak-kanak bawah lima tahun yang tidak diimunisasi.

Polio, merebak terutamanya melalui pencemaran najis, membunuh dan melumpuhkan beribu-ribu kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia. Tiada penawar, tetapi vaksinasi membawa dunia hampir menamatkan bentuk penyakit liar, atau yang berlaku secara semula jadi.

UKHSA berkata ia biasanya menjumpai antara satu dan tiga sampel virus polio dalam kumbahan setiap tahun.

Berita berkaitan
Sinovac dan Kemboja tandatangani MoU pembotolan vaksin
June 2, 2022· Dunia
Vaksin CanSinoBIO buatan China dapat kelulusan WHO
May 20, 2022· Dunia
30 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksin
May 17, 2022· Isu semasa
28 peratus kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19 di Malaysia
May 13, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
13 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
19 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok