Britain izin remaja 12 hingga 15 tahun terima dos Pfizer, BioNTech

June 4, 2021 · Dunia

Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) United Kingdom (UK) pada Jumaat meluluskan dos vaksin Covid-19 – Pfizer dan BioNTech – untuk diberikan kepada remaja berusia 12 tahun hingga 15 tahun.

Langkah itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) dan negara Kesatuan Eropah mengambil langkah serupa.

MHRA dalam satu kenyataan berkata kini terpulang kepada Jawatankuasa Bersama Program Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) untuk menggunakannya terhadap remaja pada usia berkenaan.

Remaja berusia 12 tahun hingga 15 tahun di AS telah diberikan vaksin Pfizer, sementara Perancis dan Jerman merancang berbuat demikian bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif JCVI, June Raine dalam kenyataan berkata, agensi berkenaan telah mengkaji dengan teliti data percubaan klinikal kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun.

“(Kami) telah menyimpulkan bahawa vaksin Pfizer / BioNTech Covid-19 adalah selamat dan berkesan kepada kumpulan usia ini dan bahawa vaksin ini memberi lebih manfaat berbanding risiko apa pun,” katanya.

Bagaimanapun, pemberian vaksin kepada individu lebih muda oleh negara-negara kaya itu menimbulkan kebimbangan kerana banyak lagi negara di dunia memerlukan dos untuk diberikan kepada golongan berusia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok