Briged Al-Qassam hujani Israel dengan roket

May 11, 2021 · Dunia

Rentetan roket dan peluru berpandu mula dilepaskan sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – selepas tamat masa diberikan kepada rejim Israel untuk berundur dari Masjid Al-Aqsa, awal pagi ini waktu Malaysia.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Obaidah berkata pasukannya menyasarkan musuh yang menduduki secara haram tanah Palestin di Baitulmaqdis sebagai tindak balas terhadap jenayah dilakukan rejim Zionis Israel.

“Rentetan peluru berpandu dan roket dilepaskan sebagai tindak balas terhadap jenayah dan kekejaman dilakukan rejim Israel di tanah suci Baitulmaqdis, terutama di perkampungan Sheikh Jarrah dan Masjid Al-Aqsa.

“Musuh harus memahami mesej kami dan jika kembali (melakukan pelanggaran), kami akan kembali (untuk melakukan pembalasan),” katanya menyusul serangan terhadap kedudukan rejim itu di sekitar Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, rejim pengganas Israel tidak menyatakan kemalangan jiwa atau kerosakan yang dialami.

Terdahulu, Briged Al-Qassam memberi masa kepada askar rejim Israel (IDF) sehingga jam 6 petang waktu Palestin supaya keluar dari kawasan Masjid Al-Aqsa dan perkampungan Sheikh Jarrah, serta membebaskan penunjuk perasaan yang ditangkap sejak beberapa hari lalu.

Rejim Israel membunyikan siren di seluruh Baitulmaqdis, terutama penempatan haram Yahudi, susulan serangan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Sayap ketenteraan pergerakan Jihad Islam – Saraya Al Quds – memusnahkan sebuah jip IDF dengan peluru berpandu kornet di timur Semenanjung Gaza.

Pada masa sama, sayap ketenteraan pergerakan Jihad Islam – Saraya Al Quds – memusnahkan sebuah jip IDF dengan peluru berpandu kornet di timur Semenanjung Gaza.

Pasukan itu juga turut melancarkan roket ke arah penempatan haram di Israel.

“Saraya Al Quds bertanggungjawab menyasarkan dan memusnahkan jip Zionis di timur Semenanjung Gaza menggunakan peluru berpandu kornet, dan mengesahkan jip itu musnah sama sekali,” kata Saraya Al Qud dalam kenyataan hari ini.

Tentera rejim Israel mengesahkan jip mereka diserang dan seorang anggota IDF cedera.

Sistem antipeluru berpandu rejim Zinois Israel, Iron Dome, memintas roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza di langit Ashkelon, malam tadi. – Gambar Reuters

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok