Briged Al-Qassam guna peluru berpandu baharu serang Israel

May 14, 2021 · Dunia

Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam), sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melancarkan serangan terhadap rejim Israel menggunakan peluru berpandu terbaharu mereka, Ayyash 250, yang boleh mencapai jarak sehingga 250 kilometer.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah berkata, pejuang menerima arahan daripada Panglima Staf Al-Qassam, Abu Khaled Muhammad al-Deif untuk menggunakan peluru berpandu yang memberi kerosakan besar pada sasarannya.

“Ini adalah kemenangan untuk Al-Aqsa dan sebahagian darfipada tindak balas kami terhadap pembunuhan pemimpin dan jurutera kami,” katanya.

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon berhampiran sempadan Jordan ditutup setelah peluru berpandu itu mengenai sasaran. Ini adalah kali pertama roket pejuang dapat mencapai jarak melebihi 220 kilometer sejak konflik Palestin-Israel tercetus.

Abu Ubaidah memberi peringatan kepada rejim Israel bahawa Al-Qassam kini memiliki kemampuan untuk melakukan serangan di mana sahaja yang kami sasarkan.

Al-Qassan menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon setelah pihak berkuasa lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv mengarahkan semua penerbangan dialihkan ke Ramon susulan serangan roket pejuang Palestin. – Agensi

Briged Al-Qassam mula menggunakan peluru berpandu Ayyash 250 untuk menyerang kedudukan rejim Israel di Palestin.

 

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok