Briged Al-Qassam cabar Israel serang habis-habisan jika berani

May 13, 2021 · Dunia

Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) mencabar rejim Israel menggerakkan seluruh tentera Zionis dan menyerang Palestin jika ingin melihat kehancuran lebih besar di kalangan askar rejim itu.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah menyifatkan serangan balas pejuang Palestin ke atas rejim Israel adalah sangat senang, malah lebih mudah daripada mereka minum air.

Malah, pejuang berani mati briged berkenaan – sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – juga sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan askar rejim Zionis jika cabaran itu disahut.

“Tindakan kami membalas serangan anda (rejim Israel) dengan roket di Dimona, Tel Aviv dan wilayah lain adalah lebih mudah daripada kami minum air.

“Gerakkan lah semua pasukan anda (Israel) dari laut, udara dan darat, Kami menyediakan pilihan untuk anda bagaimana cara untuk mati. Ia akan membuatkan anda menyesal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dimona yang terletak 147.8 kilometer dari ibu negara Israel, Tel Aviv, menempatkan logi simpanan minyak Israel. Kedudukannya juga hanya 13 kilometer dari Pusat Penyelidikan Nuklear Israel di Gurun Negev.

Loji berkenaan terbakar selepas 15 roket dilancarkan Briged Al-Qassam dari Semenanjung Gaza mengenai sasaran.

Loji simpanan minyak rejim Israel di Dimona terbakar selepas 15 roket dilancarkan Briged Al-Qassam dari Semenanjung Gaza mengenai sasaran.

Abu Ubaidah berkata kejayaan serangan roket dan peluru berpandu Briged Al-Qassam serta pejuang Palestin lain membuktikan kerapuhan sistem pertahanan rejim Israel.

Dalam pada itu beliau menasihatkan semua syarikat pengangkutan menghentikan penerbangan ke Israel bagi mengelak terkena roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Nasihat itu dibuat sejurus Briged Al-Qassam buat pertama kali menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon yang terletak 250 kilometer dari Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
6 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok